Kita selalu tersempak dengan pasangan suami isteri dimana kedua-dua wajah mereka seakan seiras bukan? Macam mana boleh jadi macam ini?
Menurut penjelasan dari Dr. Rostam, beliau memberitahu beberapa fakta menarik tentang mengapa wajah suami isteri akan kelihatan seiras.
Fakta Menarik Kenapa Wajah Suami Isteri Nampak Sama
- Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu ayah kita sendiri.
- Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan bahawa kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.
- Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama, yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.
- Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tidak terkejutlah jika seorang sakit, yang lagi satu akan bakal tidak sihat.
- Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.
- Kajian dari Robert Zanjoc menunjukkan bahawa lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami oleh pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.
Sumber: Dr. Rostam