Resipi Kuih Cara Berlauk

Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi kuih cara berlauk atau resipi kuih cara berlauk untuk memudahkan cara buat kuih cara berlauk dan cara masak kuih cara berlauk.

Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat

Resipi Kuih Cara Berlauk

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam

Bahan-Bahan Inti

  • 1 cawan isi udang (dicincang)
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang/daun sup dan cili merah (dihiris halus)
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara Masak Kuih Cara Berlauk

Cara buat kuih cara berlauk adalah seperti berikut:

  1. Satukan kesemua bahan dan kisar hingga sebati
  2. Panaskan acuan di atas dapur gas dan sapukan sedikit minyak
  3. Tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Sudukan inti, tabur hirisan cili merah dan sedikit daun sup atau daun bawang
  4. Tutup acuan menggunakan penutup bersesuaian dan biarkan kuih Cara masak
  5. Siap untuk dihidangkan

Cara Masak Bahan Inti

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan cili kisar. Tumis hingga masak
  2. Tambahkan ubi kentang dan juga udang. Masukkan sedikit air dan masak hingga kering
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan

Sumber: hellokerja.com