in

Koleksi Resepi Air Balang Viral 2022 Paling Laris

air balang

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai 10 resepi air balang atau air viral 2022 yang paling laris dan sesuai untuk berniaga. Senarai air botol viral juga ada.

Artikel lain: Senarai Lokasi Pasar Malam KL 2022

Air Balang

Berikut adalah senarai resepi air balang bulan puasa atau resepi air balang viral untuk panduan anda.

Resepi Air Balang

Ikuti resepi air balang mudah berikut untuk mula berniaga.

Resepi Teh Ais Cincau

Berikut adalah resipi teh ais cincau.

Resepi Teh Ais Cincau

Bahan-Bahan

  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
  • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
  • Cincau

Cara Buat Teh Ais Cincau

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
  2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
  3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. 
  4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
  5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.

Resepi Jus Tembikai

Berikut adalah resipi jus tembikai.

resepi jus tembikai

Bahan-Bahan

  • Tembikai
  • Air

Cara Buat Jus Tembikai

  1. Blend 2 biji tembikai dengan sedikit air
  2. Ais 1 beg
  3. Kemudian tuangkan kesemua tembikai yang sudah di blend ke dalam balang yang besar
  4. Sedia untuk dijual

Resepi Air Katira

Berikut adalah resipi air katira.

air katira

Cara Buat Air Katira

  1. Masukkan 1 tin susu cair dalam bekas berisi ais
  2. Kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis
  3. 1/2 botol besar air soda F&N
  4. 2 sudu kecil esen perasa pisang
  5. 1 sudu kecil pewarna hijau
  6. Semangkuk kecil kurma cincang
  7. Semangkuk cincau
  8. Semangkuk biji selesih yang telah direndam
  9. Kacau hingga sebati
  10. Tambah segelas besar air ais

Resepi Jus Nenas Madu

Berikut adalah resipi jus neneas madu.

Resepi Jus Nenas Madu

Penyediaan ini sesuai untuk balang 33 liter.

Bahan-Bahan

  • 10 biji Nenas Madu
  • 2 kg Gula Pasir
  • Air Bertapis secukupnya
  • Ais batu 2 beg besar

Cara Buat Jus Nenas Madu

  1. Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
  2. Blend sehingga hancur.
  3. Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
  4. Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum

Resepi Dragon Fruits Mix Coctail

Berikut adalah resipi dragon fruits mix coctail.

Resepi Dragon Fruits Mix Coctail

Bahan-Bahan

  • Buah naga 1 kg
  • Cocktail-tin 2 tin
  • Lychee 1 tin
  • Mangga 1 kg
  • Susu pekat 6 tin
  • Susu Cair 2 tin 
  • Garam 1 sudu kecil
  • Air 4 liter

Resepi Green Tea

Berikut adalah resipi green tea.

Resepi Green Tea

Bahan-Bahan

  • Air 5 liter
  • Green tea 350-400 gram
  • Susu pekat 2 tin
  • Susu cair 2 tin
  • Garam 1 Sudu kecil
  • Sedikit pewarna hijau (ikut Suka)

Resepi Air Coconut Shake

Berikut adalah resipi air coconut shake.

Resepi Air Coconut Shake

Bahan-Bahan

  • Air kelapa muda
  • Ais krim vanila
  • Isi buah kelapa
  • Ais
  • Air gula

Cara Buat Air Coconut Shake

  1. Sediakan blender.
  2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
  3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa
  4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  5. Campurkan aiskrim vanilla
  6. Siap sedia dihidang dan dijual kepada pembeli

Sumber: Hello Kerja