Beza Mentega Dan Marjerin

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai beza Mentega dan Marjerin yang perlu anda tahu.

Lain: Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar

Beza Mentega Dan Marjerin

Marjerin diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan iaitu minyak sayuran, manakala mentega pula adalah produk tenusu yang diperbuat daripada lemak haiwan.

Mentega mempunyai warna yang lebih pucat daripada marjerin dan ia perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana teksturnya yang lembut serta cair pada suhu bilik.

Beza Marjerin Dan Mentega

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beza Mentega dan Marjerin :

Bahan Utama

Marjerin : Diperbuat daripada minyak sayuran, garam dan emulsifier (bahan penstabil). Marjerin asalnya mendapat nama tersebut daripada sejenis lemak asid yang digelar ‘margaric acid’, yang terbentuk melalui proses pembuatannya.

Mentega : Diperbuat daripada susu atau krim. Perkataan butter pula berasal daripada istilah Greek iaitu boutoron yang bermaksud keju lembu.

Proses Pembuatan

Marjerin : Melalui proses hydrogenation di mana minyak sayuran berbentuk cecair ditukarkan kepada pepejal atau separa pepejal.

Mentega : Proses pembuatan butter melibatkan pengadukan (churning), pempasteuran dan pemadatan. Biasanya dijual dalam 2 bentuk iaitu salted atau unsalted. Disebabkan ini, butter lebih sesuai digunakan dalam memasak makanan bayi.

Rasa

Marjerin : Rasa marjerin lazimnya bergantung kepada jenis minyak yang digunakan dalam pembuatannya, jadi anda kena tengok label betul-betul. Selalunya produk yang mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi lebih sedap. Ini kerana, jenis yang kurang lemak mengandungi lebih banyak air dan boleh menjejaskan tekstur kek atau biskut.

Mentega : Bagi yang selalu menggunakan dalam kuantiti banyak untuk membuat cookies atau kek anda mungkin akan perasan yang butter dapat memberi rasa yang lebih creamy, bau yang wangi serta tekstur yang cantik kepada biskut dan pastri.

Diharapakan info beza mentega dan marjerin di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru.

Sumber: Nampak Serupa, Tapi Ini 5 Perbezaan Antara Marjerin Dan Butter (siraplimau.com)