Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Air Pasang Surut: Faktor & Jadual Ramalan
Lain: Antara Sebab Kenapa Aircond Keluar Air
Fenomena Air Pasang Surut
Fenomena pasang surut berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam disebabkan oleh tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari.
Keadaan air pasang bermaksud paras air di pantai akan meningkat manakala keadaan air surut pula bermaksud paras air di pantai akan berkurang.
Faktor Air Pasang Surut
Fenomena air pasang ini terjadi akibat graviti bulan, matahari dan putaran bumi.
Kombinasi ketiga tiga faktor ini menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari.
Air lautan tertarik ke arah bulan menyebabkan paras laut naik dan menjadi pasang. Apabila bumi berputar, graviti bulan akan memberi kesan ke bahagian lain bumi.
Oleh itu, kawasan baru ini akan mengalami pasang, manakala kawasan sebelumnya mengalami surut.
Kejadian pasang dan surut lebih ketara apabila bulan berada pada fasa ijtimak atau ketika bulan purnama kerana ketika ini bulan dan matahari sejajar dengan bumi.
Jenis Pasang Surut
Terdapat dua jenis air pasang iaitu:
- Pasang perbani atau air pasang besar: Berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan garis lurus.
- Pasang anak: Berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak.
Jadual Ramalan Air Pasang
Untuk mereka yang ingin mengetahui jadual ramalan fenomena ini, pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menyediakan jadual ini setiap hari secara online.
Ramalan ini diambil melalui stesen JUPEM di seluruh negara iaitu:
- Pulau Langkawi
- Pulau Pinang
- Lumut
- Pelabuhan Klang
- Tanjung Keling
- Kukup
- Johor Bahru
- Tanjung Sedili
- Pulau Tioman
- Tanjung Gelang
- Cendering
- Geting
- Sejingkat
- Bintulu
- Miri
- Labuan
- Kota Kinabalu
- Kudat
- Sandakan
- Lahad Datu
- Tawau
Untuk mengetahui ramalan ini, orang ramai boleh mengakses di laman web https://www.jupem.gov.my/ms/staps.
Diharapkan info air pasang surut di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Air Pasang Surut: Faktor & Jadual Ramalan (ecentral.my)