Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai senarai lokasi air terjun selangor terkini untuk tahun 2021 yang menarik untuk dilawati bersama keluarga pada hujung minggu.
Artikel menarik lain: Senarai Jenis Rempah Ratus Dan Fungsi Setiap Satu
Lokasi Air Terjun Selangor
Berikut adalah senarai beberapa lokasi air terjun menarik di Selangor
Air Terjun Chiling
Untuk sampai ke air terjun Chiling ini, anda perlu merentasi 5 batang sungai terlebih dahulu. Jika hari hujan, air sungai akan menjadi deras. Sebelum itu, anda perlu merentasi hutan. Tapi, anda akan disajikan dengan kepuasan saat melihat air terjun bertingkat itu di depan mata. Ada tapak perkhemahan disediakan. Jadi, jika mahu bermalam, dipersilakan. Cuma dapatkan kebenaran dari renjer terlebih dahulu.
Lokasi dan alamat Air Terjun Chiling: Santuari Ikan Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu
Air Terjun Gabai
Kerana kedudukannya yang berhampiran Kuala Lumpur dan mudah pula sampai dengan kenderaan, maka ia menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan terutamanya keluarga. Air terjunnya bertingkat. Air terjun di bahagian paling atas adalah yang paling cantik tetapi tidak semua usia sesuai mandi di situ kerana agak dalam. Jadi, perlu berhati-hati mengenai keselamatan. Kemudahan tempat meletak kenderaan dan bilik air juga disediakan. Surau juga turut dibina di situ.
Lokasi dan alamat Air Terjun Gabai: Sungai Gabai, Hulu Langat
Air Terjun Kanching
Ia lokasi perkelahan keluarga semasa cuti terutamanya hujung minggu. Ini kerana mudah untuk sampai dengan kenderaan. Ia tidak jauh dengan mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Terdapat 7 air terjun dengan kolam-kolam kecil. Setiap tingkat ada bezanya. Hendak ke tingkat paling atas memerlukan anda merentasi hutan terlebih dahulu. Tingkat bawah pula amat sesuai untuk keluarga.
Lokasi dan alamat Air Terjun Kanching: Hutan Lipur Kanching, di antara Selayang dan Rawang.
Air Terjun Templer
Air Terjun di dalam hutan simpan kebiasaannya memang menarik. Air terjun di sini bertingkat-tingkat. Anda perlu berjalan menuju ke air terjun namun ia bukanlah mencabar. Bagi ibu bapa, kanak-kanak boleh bermain air di kawasan yang lebih cetek. Selain itu, terdapat kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ada tapak perkhemahan dan memancing selain tandas dan tempat meletak kenderaan bagi kemudahan pengunjung.
Lokasi dan alamat Air Terjun Templer: Hutan Rimba Templer, di antara KL dan Rawang
Air Terjun Serendah
Tidak sehebat air terjun yang lain tapi cukup selesa untuk berkelah dan bersantai. Kawasannya tidaklah besar, namun masih ada kemudahan asas disediakan. Pada hujung minggu, memang ramai pengunjungnya. Mungkin kerana persekitaran yang bersih dan lebih selamat untuk kanak-kanak. Jika tidak mahu bermain air, taman permainan pun ada. Bagi orang dewasa pula, bolehlah memanjat sedikit untuk ke bahagian atas. Bahagian atas juga cetek tapi lebih santai kerana tiada ramai orang.
Lokasi dan alamat Air Terjun Serendah: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah
Air Terjun Tekala
Air terjunnya cantik menyebabkan ia dikategorikan sebagai air terjun bertingkat yang terkenal. Tidak mustahillah ia sering dikunjungi ramai. Dibinakan juga tangga batu bagi memudahkan anda memanjat. Keadaan air yang cetek dan tidak deras, menjadikan ia lebih sesuai sebagai tempat permainan anak-anak.
Lokasi dan alamat Air Terjun Tekala: Hutan Rekreasi Sungai Tekala, berhampiran Empangan Semenyih
Air Terjun Sungai Tua
Ia terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua. Air terjun ini sesuai bagi seluruh keluarga. Untuk kanak-kanak, ada sungai yang cetek. Jadi, ia lebih selamat untuk mereka. Di seberang jalan pula ada Taman Rekreasi. Oleh itu, lokasinya dikira amat baik.
Lokasi dan alamat Air Terjun Sungai Tua: Ulu Yam, berhampiran Selayang
Air Terjun Sendat
Air terjun bertingkat ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, mandi-manda, merentas hutan dan perkhemahan.
Lokasi dan alamat Air Terjun Sendat: 5km dari Ulu Yam Bharu.
Air Terjun Perdik
Lokasinya di dalam Hutan Lipur Perdik. Ia lebih sesuai untuk aktiviti merentas hutan dan perkhemahan. Tempat meletak kereta juga tidak jauh. Kesimpulannya ia memang bagus untuk perkelahan dan perkhemahan.
Lokasi dan alamat Air Terjun Perdik: Hutan Lipur Perdik, Hulu Langat
Air Terjun Komanwel
Air Terjun Komanwel terletak di dalam Hutan Rimba Komanwel. Lokasinya berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching. Di Taman Rimba ini ada disediakan penginapan selain tapak perkhemahan. Mereka juga ada aktiviti-aktiviti seperti berakit, menunggang kuda, merentas hutan, paintball, flying fox, abseiling, dan menunggang mountain bike.
Lokasi dan alamat Air Terjun Komanwel: Taman Rimba Komanwel, Km23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, 48000 Rawang
Sumber: https://bidadari.my/air-terjun-selangor/