Surah Al-Fatihah : Ayat, Bacaan Rumi & Maksud

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai bacaan surah Al Fatihah : ayat, lafaz rumi, terjemahan bahasa Melayu & huraian setiap ayat

Lain: Ayat Kursi (Makna, Kelebihan, Bacaan Ayat Kursi Rumi)

Bacaan Surah Al-Fatihah

surah al-fatihah

Surah Al-Fatihah Rumi

Berikut adalah Lafaz Rumi Surah Al Fatihah :

1. Bismillahirrahmanirrahim

2. Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin

3. Ar-Rahmanir-Rahim

4. Maliki yawmi-d-din

5. Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in

6. Ihdinas-siratal mustaqim

7. Siratal ladhina an’amta ‘alaihim ghayril-maghdubi ‘alaihim walad-dallin

Terjemahan Surah Al-Fatihah Bahasa Melayu

Berikut adalah surah al-Fatihah terjemahan bahasa melayu :

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kelebihan Membaca Surah Al Fatihah

Berikut adalah antara kelebihan membaca Surah Al Fatihah:

  1. Kunci untuk Memahami Al-Quran
  2. Mengandungi Asas Aqidah
  3. Bukti Kebesaran Allah
  4. Petunjuk kepada Jalan yang Lurus
  5. Doa Penyembuh

Diharapkan info surah Al-Fatihah di atas ini dapat memberikan maklumat baru kepada anda.

Sumber: Surah Al-Fatihah: Ayat, Lafaz Rumi, dan Maknanya (ecentral.my)