Ayat Kursi (Makna, Kelebihan, Bacaan Ayat Kursi Rumi)

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan maklumat mengenai Ayat Kursi seperti bacaan Ayat Kursi, maksud Ayat Kursi, makna Ayat Kursi, Kelebihan Ayat Kursi, Ayat Kursi rumi dan sebagainya.

Panduan agama lain: Doa Buka Puasa Bersendirian & Ramai (Panduan Lengkap Rumi)

Ayat Kursi

Berikut adalah panduan penuh mengenai Ayat Kursi.

Apakah Itu Ayat Kursi?

Ayat Kursi atau dikenali sebagai Ayatul Kursi merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Ayat ini juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Ayat ini sangat istimewa kerana ianya berkisah mengenai keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas. Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, yang membawa maksud Kursi adalah Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat.

Bacaan Ayat Kursi

Dibawah ini adalah bacaan Ayat Kursi dengan Ayat Kursi rumi disediakan untuk memudahkan anda.

ayat kursi

Ayat Kursi rumi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum,

La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,

lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard,

Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi,

Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a,

Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,

wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.

Maksud Ayat Kursi

Maksud terjemahan Ayat Kursi adalah seperti berikut:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Kelebihan Ayat Kursi

Kelebihan Ayatul Kursi atau Fadhilat Ayatul Kursi adalah seperti berikut:

  1. Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
  2. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
  3. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  4. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  5. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  6. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  7. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  8. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  9. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  10. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  11. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
  12. Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.

Sumber: Akuislam