Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud Dan Doa Tahajjud

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan panduan lengkap cara solat sunat tahajjud, doa tahajjud, waktu afdhal solat tahajjud, bacaan surah, kelebihan solat tahajjud, niat solat tahajjud.

Tips lain: Hukum Solat Berjemaah Di Masjid Atau Rumah (Lelaki & Wanita)

Solat Sunat Tahajjud

Apa itu Solat Tahajjud

Apa itu Solat Sunat Tahajjud? Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Waktu Afdhal Solat Tahajjud

Solat Tahajjud afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam setelah bangun tidur.

Tujuan Solat Tahajjud

Berikut adalah sebab solat tahajjud dilakukan:

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Solat Tahajjud

Ikuti langkah berikut untuk cara solat sunat tahajjud atau cara mendirikan solat tahajjud.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Doa Sebelum Tahajjud

Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut:

doa sebelum tahajjud

Maksud doa sebelum tahajjud:

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

Niat Solat Tahajjud

Berikut adalah niat solat tahajjud:

niat solat tahajjud

Niat solat tahajjud dalam rumi: Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala

Maksud niat solat tahajjud: Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

Bacaan Surah

Selepas bacaan Al-Fatihah, berikut adalah pilihan bacaan surah yang digalakkan (sila pilih satu):

  1. Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali), rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
  2. Rakaat pertama: Ayat Al-Kafirun, rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
  3. 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran

Doa Sujud Akhir Tahajjud

Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud

Doa Selepas Salam Tahajjud

Setelah selesai solat tahajjud, bacalah doa berikut yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW:

doa selepas salam tahajjud

Doa Solat Tahajjud

Kemudian sambung baca doa solat sunat tahajjud seperti berikut:

doa solat tahajjud

Maksud doa solat tahajjud:

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

Kelebihan Solat Tahajjud

Berikut adalah kelebihan solat tahajjud:

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Cara Mudah Bangun Solat Malam

Panduan mudah untuk cara bangun solat malam adalah seperti berikut:

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Panduan lain: Cara Solat Jamak Dan Qasar (Syarat Dan Niat)

Sumber: shafiqolbu