Baru-baru ini, tular satu kisah berkenaan seorang anak kena patuk ular ketika bermain basikal. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan ular di Malaysia ini mempunyai racun berbisa yang jika tidak dirawat dengan segera, boleh membawa maut.
Ibu bapa seharusnya perlu tahu langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera sekiranya anak kecil mereka dipatuk ular. Terdapat satu perkongsian dari doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari menceritakan langkah-langkah awal yang boleh diambil oleh ibu bapa sekiranya anak mereka berdepan kemungkinan dipatuk ular. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
Apa Perlu Buat Sekiranya Tertelan Gula-Gula Getah
Meremang rasanya bila terbaca kisah kanak-kanak dipatuk ular yang viral baru-baru ni. Kecil lagi budaknya baru 3 tahun. Sebaya je dengan umur anak saya. Ikutkan cerita, kanak-kanak tersebut duk mengadu sakit kaki masa masuk ke rumah lepas main basikal.
Maknya ingat mungkin sebab terjatuh basikal. Itu kan biasa bila anak kita mengadu itu ini dan kita fikir sikit aje tu. Tapi makin lama, kaki yang sakit tu makin membengkak dan sakit sampai tak boleh berjalan. Bila dibelek-belek baru nampak ada kesan gigitan. Aaah sudah.
Hati si mak dah mula rasa tak sedap. Rupa-rupanya bila diperiksa basikal anak tadi rupanya ada seekor ular tengah berlingkar betul-betul pada rantai basikal! Apa lagi, berdesup teruslah bawak anaknya tu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan kecemasan.
Kejadian begini sebenarnya payah kita nak jangka kerana bila-bila masa je boleh berlaku. Jarang terjadi tapi kita semua wajib cakna. Ular sekarang tak hanya ada di semak samun saja. Di parking kereta, tepi pasu bunga pun kadang mereka rilek saja melepak santai.
Perkara Yang Perlu Dibuat Kalau Anak Kena Patuk Ular
Jadi bila situasi terkena gigitan haiwan berbisa begini terjadi pada anak-anak kita apa yang kita perlu buat?
Kurangkan Pergerakan Anak
Arahkan anak untuk kurangkan pergerakan pada anggota yang tercedera supaya dapat cegah bisa patukan daripada merebak. Lagi bagus kalau kita pasangkan anduh atau splint. Sebaiknya dukung si kecil kita tu sekiranya nak dipindahkan ke tempat lain dan jangan benarkan dia berjalan sendiri.
Tanggalkan Perhiasan Pada Anak
Tanggalkan semua perhiasan kalau ada. Jam tangan ke, cincin ke atau gelang daripada anggota badan yang dipatuk sebab biasanya anggota tersebut akan membengkak. Masa tu lagi payah nak tanggalkan.
Jangan Ikat Anggota Anak Yang Tercedera
Jika terdapat pendarahan, cover dan tekan sikit dengan kain bersih. Tapi jangan ikat anggota yang tercedera menggunakan tourniquet. Jika semburan racun ular terkena mata, segera bilas mata dengan air yang banyak.
Bawa Anak Ke Fasiliti Kesihatan
Cepat-cepat bawa si kecil tu ke fasiliti kesihatan untuk rawatan lanjut.
Kalau boleh, tolong ingat jugak maklumat penting seperti bagaimana rupa ular, panjang, warna, rupa bentuk kepala, badan dan ekor demi memudahkan doktor dalam menentukan rawatan “antivenom” jika perlu.
Sumber: Facebook Ahmad Luqman Bukhari