in

Koleksi Perumpamaan Dan Maksudnya

perumpamaan dan maksud

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai perumpamaan dan maksud untuk panduan anda.

Ilmu pengetahuan lain: Koleksi Teka Teki Lucu, Susah, Lawak (Soalan & Jawapan)

Perumpamaan

Berikut adalah makluman mengenai perumpanaan melayu yang boleh anda fahami.

Apa itu Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempuyai maksud tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Perumpamaan in English

Perkataan perumpamaan in english adalah parable.

Perumpamaan dan Maksud

Berikut adalah contoh perumpamaan serta perumpamaan dan maksudnya:

Bagai aur dengan tebing
Maksud – tolong-menolong antara satu dengan yang lain

Bagai bunyi cempedak jatuh
Maksud – bunyi jatuh yang kuat

Bagai bulan dipagari bintang
Maksud – kecantikan gadis yang tiada bandingannya

Bagai diiris dengan sembilu
Maksud – perasaan yang sangat pedih

Bagai duri dalam daging
Maksud – sesuatu hal yang tidak menyenangkan

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Maksud – hanya mementingkan diri sendiri

Bagai itik pulang petang
Maksud – berjalan lambat sekali

Bagai isi dengan kuku
Maksud – Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi persahabatan yang sangat erat

Bagai kacang melupakan kulit
Maksud – orang yang tidak tahu mengenang budi

Bagai kumbang putus tali
Maksud – amat cepat; terlepas daripada sengsara

Bagai melepaskan batuk di tangga
Maksud – membuat sesuatu kerja sambil lewa saja

Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud – mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang

Bagai mencencang air   
Maksud – membuat pekerjaan yang sia-sia

Bagai mural tercabut ekor
Maksud – seseorang yang becok mulutnya

Bagai si kudung mendapat cincin
Maksud – orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

Bagai pinang dibelah dua/Seperti cincin dengan permata
Maksud – pasangan yang sama padan dan sama cantik

Bagai tikus membaiki labu
Maksud – merosakkan lagi barang yang dibaikinya

Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
Maksud – kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin

Seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud – berpecah dan hilang tempat bergantung

Seperti anjing dengan kucing
Maksud- adik-beradik yang suka bergaduh

Seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud – orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada

Seperti api dalam sekam dendam;
Maksud – perbuatan jahat yang tersembunyi

Seperti ayam berak kapur
Maksud – muka pucat dan tidak bermaya

Seperti bertih digoreng
Maksud – bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti 

Seperti cacing kepanasan
Maksud – tidak diam atau tenang; selalu gelisah  

Seperti embun di hujung rumput      
Maksud – kasih sayang yang tidak berkekalan

Seperti gergaji dua mata/Seperti talam dua muka
Maksud – seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak

Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud – menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya

Seperti mencurahkan air ke daun keladi /Seperti hujan jatuh ke pasir
Maksud – memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan

Seperti katak di bawah tempurung
Maksud – orang yang cetek pengetahuan mengenai hal dunia luar

Seperti kera kena belacan     
Maksud – tidak suka duduk diam

Seperti kera mendapat bunga
Maksud – seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud – seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa  usul periksa

Seperti langit dengan bumi
Maksud – perbezaan yang amat ketara

Seperti mengajar itik berenang
Maksud – mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita.

Seperti pahat dengan penukul
Maksud – orang yang hanya bekerja apabila diperintah

Seperti pungguk rindu akan bulan
Maksud – mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh

Seperti rusa masuk ke kampung
Maksud – berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru

Seperti tikus jatuh di beras
Maksud – memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka

Seperti ular kena palu
Maksud – jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Sumber: Zainasktt