Idgham Bila Ghunnah : Maksud, Huruf & Contoh

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Idgham Bilaghunnah : maksud, huruf, hukum, cara sebutan, contoh yang perlu anda tahu

Lain: Izhar Halqi (Maksud, Hukum, Contoh Ayat Dalam Al-Quran)

Maksud Idgham Bila Ghunnah

Apa itu Idgham Bila Ghunnah? Ianya bermaksud “memasukkan tanpa dengung” atau bermaksud sebagai Idgham Tanpa Dengung.

Ia juga dinamakan sebagai Idgham Kamil yang bermaksud yang sempurna kerana huruf dan sifatnya hilang secara sempurna.

Huruf Idgham Bila Ghunnah

Hurufnya ada 2 sahaja, iaitu:

  1. Lam ( ل )
  2. Ra’ ( ر )

Hukum Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Apabila Nun mati dan Tanwin bertemu dengan huruf Lam ( ل ) atau Ra’ ( ر ), maka wajiblah dimasukkan Nun mati atau Tanwin ke dalam dua huruf idgham dan dibaca tanpa dengung.

Dengan syarat, berlakunya idgham ini dalam dua perkataan, iaitu Nun yang bertanda mati dan Tanwin ini berada dalam satu perkataan dan salah satu huruf idgham pula berada dalam perkataan yang lain.

Cara Sebutan Idgham Bila Ghunnah

Cara bacaannya dalah dengan bacaan nun yang bertanda mati atau tanwin dimasukkan ke dalam huruf idgham dengan menjadikan kedua-dua huruf (huruf nun yang mati dan huruf idgham) itu seolah-olah satu huruf yang bersabdu, cuma tanpa dengung.

Contoh Idgham Bila Ghunnah Dari Al-Quran

Berikut adalah contoh Idgham Bila Ghunnah yang terdapat dalam al-Quran:

1. Surah ali Imraan ayat 31

Contoh Idgham Bila Ghunnah

2. Surah ali Imraan ayat 3

Contoh Idgham Bila Ghunnah

3. Surah ali Imraan ayat 50

Contoh Idgham Bila Ghunnah

4. Surah ali Imraan ayat 8

Contoh Idgham Bila Ghunnah

Pengecualian Idgham Bila Ghunnah

Terdapat satu contoh sahaja dalam al-Quran pada surah al-Qiyamah ayat 27, iaitu terdapat nun yang bertanda mati bertemu dengan huruf ra’ tetapi tidak dibaca dengan idgham seperti:

Pengecualian Idgham Bila Ghunnah

Dalam ayat di atas, hendaklah dibaca dengan izhar iaitu jelas berserta saktah.

Diharapkan info Idgham Bila Ghunnah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: IDGHAM BILA GHUNNAH (Panduan Tajwid Asas Lengkap) • AKU ISLAM