Le Tour de Langkawi 2023 : Jadual & Trek Laluan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Le Tour de Langkawi 2023 info seperti tema, format, jadual perlumbaan, trek laluan, pasukan bertanding & sebagainya.

Lain: Koleksi Contoh Pantun Merdeka

Le Tour de Langkawi

Berikut adalah info mengenai Le Tour de Langkawi yang dikongsikan oleh laman Le Tour de Langkawi 2022 : Jadual Perlumbaan & Trek Laluan (ecentral.my)

Apa itu Le Tour de Langkawi

Le Tour de Langkawi merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa. Trek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan akan tamat d Langkawi.

Tema Le Tour De Langkawi 2023

Tema bagi edisi kali ini adalah “Beat The Heat” yang mencerminkan ujian getir menanti pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.

Latarbelakang Le Tour De Langkawi

Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir.

Perlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996, terutamanya pada bulan Februari.

Ia biasanya terdiri daripada segmen (peringkat) selama 10 hari selama 10 hari, tetapi telah dikurangkan kepada lapan peringkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun laluan berubah setiap tahun, pendakian Genting Highlands, yang paling sukar dalam acara ini , sentiasa disertakan.

Tour de Langkawi diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan jalan raya 2.HC dalam kalendar Jelajah Asia UCI.

Perlumbaan ini akan menjadi sebahagian daripada UCI ProSeries baharu pada tahun 2020.

Format Acara LTDL 2023

Semua peringkat ditetapkan masa sehingga penamat.

Masa untuk setiap peringkat selesai dikompaun; pelumba yang mempunyai masa agregat paling rendah adalah pendahulu perlumbaan dan boleh memakai jersi kuning.

Selain jersi kuning, terdapat lagi beberapa jersi yang menjadi buruan peserta antaranya seperti Raja Pecut, Raja Bukit, Pelumba Asia Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik.

Jadual & Trek Laluan

Le Tour de Langkawi 2023

Perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km)

  • Peringkat 1 (Sabtu, 23 September) -Kerteh ke Kuala Terengganu – 184.4km
  • Peringkat 2 (Ahad, 24 September) -Kuala Terengganu ke Kota Bharu – 186.2km
  • Peringkat 3 (Isnin, 25 September)- Jeli ke Baling – 177.1km
  • Peringkat 4 (Selasa, 26 September) -Bukit Mertajam ke Meru Raya – 140km
  • Peringkat 5 (Rabu, 27 September) -Slim River ke Genting Highlands – 133.3km
  • Peringkat 6 (Khamis, 28 September)-Karak ke Melaka – 176.6km
  • Peringkat 7 (Jumaat, 29 September)-Muar ke Seremban 2 – 125.7km
  • Peringkat 8 (Sabtu, 30 September)-Setia Alam ke Kuala Lumpur – 157km

Senarai pasukan bertanding

Berikut merupakan senarai pasukan-pasukan profesional dan kebangsaan yang telah mengesahkan penyertaan mereka bagi Le Tour de Langkawi 2023 tahun ini.

BIL.PASUKANKATEGORINEGARA DIDAFTARKAN
1ASTANA QAZAQSTAN TEAMUCI WORLD TEAMKAZAKHSTAN
2EF EDUCATION-EASYPOSTUCI WORLD TEAMUSA
3CAJA RURAL-SEGUROS RGAUCI PROTEAMSEPANYOL
4EQUIPO KERN PHARMAUCI PROTEAMSEPANYOL
5EUSKALTEL – EUSKADIUCI PROTEAMSEPANYOL
6GREEN PROJECT – BARDIANI CSF – FAIZANEUCI PROTEAMITALI
7TEAM CORRATEC – SELLE ITALIAUCI PROTEAMITALI
8HUMAN POWERED HEALTHUCI PROTEAMUSA
9TUDOR PRO CYCLING TEAMUCI PROTEAMSWITZERLAND
10BOLTON EQUITIES BLACK SPOKE PRO CYCLINGUCI PROTEAMNEW ZEALAND
11TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAMUCI CONTINENTALMALAYSIA
127ELEVEN CLIQQ – AIR21 BY ROADBIKE PHILIPPINESUCI CONTINENTALFILIPINA
13NUSANTARA CYCLING TEAMUCI CONTINENTALINDONESIA
14HENGXIANG CYCLING TEAMUCI CONTINENTALCHINA
15LI NING STARUCI CONTINENTALCHINA
16GIANT CYCLING TEAMUCI CONTINENTALCHINA
17ST GEORGE CONTINENTAL CYCLING TEAMUCI CONTINENTALAUSTRALIA
18KSPO PROFESSIONALUCI CONTINENTALKOREA SELATAN
19JCL TEAM UKYOUCI CONTINENTALJEPUN
20ROOJAI ONLINE INSURANCEUCI CONTINENTALTHAILAND
21THAILAND CONTINENTAL CYCLING TEAMUCI CONTINENTALTHAILAND
22MALAYSIA NATIONAL TEAMCONTINENTALKEBANGSAAN

Ikuti Perkembangan Terkini

Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru Le Tour de Langkawi 2023, anda boleh ikuti sumber-sumber berikut:

  1. Lama web rasmi: https://www.letourdelangkawi.my/

Sumber: Le Tour de Langkawi 2022 : Jadual Perlumbaan & Trek Laluan (ecentral.my)