Koleksi Contoh Pantun Merdeka

Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi contoh pantun merdeka untuk menyemai semangat patriotik

Lain: Cara Bayar Bil Elektrik Online

Koleksi Pantun Merdeka

Berikut adalah maklumat mengenai pantun merdeka yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/pantun-merdeka/

Apa itu Pantun

Menurut laman jendeladbp.my, Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-berzaman lagi.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian.

Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud

Contoh Pantun Merdeka

Setahun jagung penuhi harapan,
Semarak watan tekad perpaduan,
Anak madani penyambung Warisan,
Gilang Merdeka zaman berzaman.

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Berkibar megah kebanggaan kita;
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Hindar dijajah, jauhi sengketa.

Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat membawa perpaduan,
Pelbagai kaum mewarnai Malaysia,
Malaysia megah di puncak kejayaan.

31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan Kemerdekaan kita.

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Jasa yang baik akan dikenang
Berbaktilah untuk Malaysia pertiwi.

Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur gemilang 
Tanda cinta pada negara.

Pantun Merdeka
Pantun Merdeka
Pantun Merdeka
Pantun Merdeka
Pantun merdeka
Sumber infografik : Perpustakaan Desa Kampung Sungai Gelam  

Berbudi bahasa amalan murni,
Apa yang salah perlulah ditegur,
Semangat patriotik perlu dijiwai,
Dengan penuh rasa bersyukur.

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita,
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
Lima Puluh Lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Manis senyuman, melanjut usia,
Bahagia dicita, terpancar di muka,
Kita semua rakyat Malaysia,
Bersama kita, sambut Merdeka.

Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Pemimpin adil lagi bijak,
Naungan raja jadi pelindung,
Di mana pun bumi kita dipijak,
Di situlah langit kita dijunjung.

Kaum melayu, Cina dan India,
‘Hidup sejahtera bersatu padu,
Jasa pemimpin jangan dilupa,
Rakyat terbilang negara maju.

Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.

Para pemimpin silih berganti,|
Menyumbang idea kemajuan negara,
Kita isi kemerdekaan ini,
Membina peradaban negara tercinta.

Tanah ini Tanah MELAYU,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.

Pantun merdeka
Sumber : Pantun Merdeka Maiza’70@PKABM

Kredit: AzhafizahThe InspirasiScribdPerpustakaan Desa Kampung Sungai Gelam  

Sumber: https://ecentral.my/pantun-merdeka/