Biodata Tyzo Xander (Tuah Zulkarnain)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tyzo Xander biodata atau Tuah Zulkarnain & fakta menarik penyampai radio popular

Lain: Biodata Amir Jahari

Biodata Tyzo

Berikut adalah biografi Tyzo Xander

Nama penuh Tyzo Xander : Tuah Zoqarnain bin Idris

Nama komersial : Tyzo, Tyzo Xander, Tuah Zulkarnain, Tuah, Tuah Zolqarnain

Tarikh lahir: 3 Julai (Tyzo merahsiakan soal umur beliau)

Asal: Ipoh, Perak

Pendidikan: Kolej Premier Yayasan Perak, Ipoh, Perak, Sekolah Menengah Methodist (ACS) Ipoh, Perak

Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara, Pelakon, Penyanyi

Fakta Menarik Tyzo Xander

1. Ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 3 Januari 2022.

2. Pada awalnya, Tyzo dikenali sebagai Tuah sebelum mengganti nama komersialnya kepada Tyzo. Tyzo memulakan kerjayanya sebagai seorang anak seni dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

3. Beliau mula berkecimpung dalam dunia penyiaran sebagai penyampai radio pada tahun 2004 di stesen radio Muzik FM. Perkhidmatannya bermula pada 16 Julai 2004.

4. Pada tahun 2007, beliau berpindah ke Suria FM sebelum kontraknya ditamatkan pada 2012.

5. Tyzo berlakon dalam drama Kawan, Gayah Enterprise dan Asmara Ikan Patin, serta beliau turut berlakon dalam filem Alamak Toyol di layar perak.

6. Beliau pernah memasuki dalam bidang pengacaraan dengan menjadi hos program seperti Arena Global, Pesan Oasis dan Hitz1.

7. Beliau pernah merakamkan beberapa lagu termasuk single yang berjudul Tak Lelah Bertahan pada 2017, serta memiliki syarikat perniagaan sendiri.

Diharapkan biodata Tyzo di atas ini dapat memberikan maklumat baru kepada anda

Sumber: Biodata Tyzo Xander (Tuah Zulkarnain), Penyampai Radio Suria FM | Iluminasi