Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Askar Wataniah : Syarat Kelayakan, Insentif, Sejarah, Aktiviti
Lain: Pengakap Sekolah : Logo, Lagu, Uniform & Lencana
Apa itu Askar Wataniah
Askar Wataniah adalah badan sukarela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain.
Ia merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia (ATM) dan bersama-sama dengannya untuk mempertahankan negara kita.
Insentif Askar Wataniah Yang Ditawarkan
Insentif yang ditawarkan kepada mereka yang menyertai askar ini adalah seperti berikut:
- Elaun Latihan Tempatan :Pegawai RM 9.80/LLP RM 8.00 sejam (2022). Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
- Elaun Latihan Berterusan dan Elaun Latihan Tempatan : Melebihi 3 hari (72 jam) berterusan.
– Latihan Berterusan – 14 hari
– Latihan Kem Tahunan – 15 hari
Bayaran elaun harian mengikut skala tangga gaji sama dengan Angkatan Tetap seperti pangkat semasa yang disandang. - Elaun Pemberian Pakar : (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) – Untuk pegawai atau anggota rejimen pakar yang ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
- Elaun Perjalanan : Dibayar bagi perjalanan menggunakan kenderaan persendirian dari tempat kediaman ke tempat latihan.
Syarat-syarat tuntutan:
– Menggunakan kenderaan persendirian (kereta atau motosikal)
– Membayar tambang pengangkutan awam (tiket bas, teksi dan keretapi).
Kelayakan bayaran elaun pengangkutan adalah seperti berikut:
– Latihan Tempatan (hujung minggu)
– Latihan Berterusan dan Kem Tahunan - Elaun Pakaian :
– Elaun Pakaian Istiadat : (RM 750.00) – Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
– Elaun Pakaian ‘Outfit’ : (RM 300.00) – Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
– Elaun Senggaraan Pakaian : (RM 125.00) – Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan pegawai.
– Elaun Pakaian Tauliah Kehormat : (RM 1000.00) – Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela. - ‘Bounti’ :
Memenuhi syarat :-
·Kadar Penuh RM 520.00.
·Kadar Tiga Suku RM 390.00
·Kadar Separuh RM 260.00
Aktiviti & Latihan Askar Wataniah
Aktiviti Askar Wataniah dan latihan yang perlu dilalui adalah seperti berikut:
- Latihan Tempatan – Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
- Latihan Berterusan -Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
- Latihan Kem Tahunan – Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.
Syarat Kelayakan Askar Wataniah
Syarat kelayakan untuk menyertai askar ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
- Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
- Sihat tubuh badan.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
Diharapkan info askar wataniah ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Askar Wataniah: Syarat & Insentif Yang Ditawarkan (ecentral.my)