Tonton Online Drama Assalamualaikum Mustafa TV9

Slot drama Istimewa Ramadan membawakan drama Assalamualaikum Mustafa yang mula bersiaran pada 5 Mei ini di TV9. Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara tonton online drama Assalamualikum Mustafa serta beberapa info menarik mengenai drama ini.

Drama Assalamualaikum Mustafa TV9 arahan dari Fairuz Loy ini menampilkan barisan pelakon cilik seperti adik Adib Haize, Aireen Embun dan pelakon hebat seperti Rozita Che Wan, Kazar dan ramai lagi. Kambing yang merupakan haiwan peliharaan Atok Budin turut berlakon dalam drama ini dan itulah Mustafa seperti dalam tajuk drama ini.

assalamualaikum mustafa tv9

Drama Assalamualaikum Mustafa 2021 TV9

Sinopsis Assalamualaikum Mustafa

Drama Assalamualaikum Mustaffa mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung.

Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.

Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama kali. 

Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali. Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman tidak seperti dia yang datang dari bandar.

assalamualaikum mustafa 2021 tv9

Amar sentiasa melihat Atok Budin bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya. 

Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa.

Mustafa seolah-olah memahami masalah yang dihadapi oleh Amar dan menasihati Amar untuk berbaik dengan kawan-kawan baharunya. Bagaimana kesudahan Amar dan Mustafa? Adakah orang sekeliling mempercayai kata-kata Amar yang Mustafa boleh bercakap?

Pelakon Assalamualaikum Mustafa

Antara pelakon drama Assalamualikum Mustafa yang terlibat ialah adik Adib Haziem, Aireen Embun, Amani, Aryan serta dibantu oleh Syazwan Zulkifly, Rozitra Che Wan, Kazar dan ramai lagi.

pelakon assalamualaikum mustafa

Pengarah Assalamualaikum Mustafa Dan Produksi Assalamualaikum Mustafa

Istimewa Ramadan: Assalamualaikum Mustaffa merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd serta diarahkan oleh pengarah hebat, Faizul Loy. Manakala penulisan skrip daripada Mufid Suhaimi Bahaudin

Waktu Siaran Assalamualaikum Mustafa

Drama Assalamualaikum Mustafa sempena Ramadan boleh ditonton pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam di TV9 mulai 5 Mei ini. Juga boleh tonton secara online di Tonton.

Online Assalamualaikum Mustafa

Tonton online Assalamualaikum Mustafa di halaman berikut:

Sumber: hellokerja.com