Lafaz Niat Solat & Bacaan Dalam Solat (Panduan Lengkap Rumi)

Berikut adalah niat dan bacaan dalam solat yang dihimpunkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab. Panduan ini sesuai untuk mereka yang cara belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.

Bacaan Dalam Solat

Berikut adalah informasi berkaitan bacaan dalam solat yang disusun mengikut urutan dalam rukun solat.

Niat Solat Fardu Lima Waktu

Berikut adalah niat solat-solat fardu dalam arab dan rumi.

Niat Solat Subuh

Lafaz niat solat fardu subuh adalah seperti berikut:

niat solat subuh

Lafaz niat solat subuh dalam rumi: Usolli fardos-Subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala

Niat solat subuh dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Zohor

Lafaz niat solat fardu zohor adalah seperti berikut:

niat solat zohor

Lafaz niat solat zohor dalam rumi: Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala

Niat solat zohor dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Asar

Lafaz niat solat fardu asar adalah seperti berikut:

niat solat asar

Lafaz niat solat asar dalam rumi: Usolli fardol Asri arba’a raka’atin ada’an lillahi taala

Niat solat asar dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Maghrib

Lafaz niat solat fardu maghrib adalah seperti berikut:

niat solat maghrib

Lafaz niat solat maghrib dalam rumi: Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala

Niat solat maghrib dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Isyak

Lafaz niat solat fardu isyak adalah seperti berikut:

niat solat isyak

Lafaz niat solat isyak dalam rumi: Usolli Fardol Isya’e Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala

Niat solat isyak dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Bacaan Doa Iftitah

Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:

doa iftitah

Bacaan doa iftitah dalam rumi: Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud doa iftitah: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Bacaan Dalam Rukuk

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:

bacaan dalam rukuk

Bacaan dalam rukuk dalam rumi:  Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih

Maksud bacaan dalam rukuk: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Bacaan Iktidal (Bangun Dari Rukuk)

Bacaan ketika bangun dari rukuk atau iktidal adalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

Bacaan bangun dari rukuk atau iktidal dalam rumi: Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh 

Maksud bacaan iktidal: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Bacaan Dalam Sujud

Bacaan ketika dalam sujud adalah seperti berikut:

bacaan sujud

Bacaan dalam sujud dalam rumi: Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

Maksud bacaan dalam sujud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:

bacaan duduk diantara dua sujud

Bacaan duduk di antara dua sujud dalam rumi: Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 

Maksud bacaan duduk di antara dua sujud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Bacaan Doa Qunut

Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:

bacaan doa qunut

Doa Qunut dalam Rumi: Allahhumma dinii fiiman hadait, Wa’aa finii fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Bacaan Tahiyat Awal

Bacaan tahiyat awal adalah seperti berikut:

bacaan tahiyat awal

Bacaan ketika tahiyat awal dalam rumi: Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad, wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad.

Maksud tahiyat awal: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyat Akhir

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

bacaan tahiyat akhir

Bacaan ketika tahiyat akhir dalam rumi: Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksud tahiyat akhir: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Sumber: Akuislam