Bacaan Kolestrol Normal Ikut Umur & Jantina

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai bacaan kolesterol normal mengikut umur, jantina & jenisnya yang perlu anda tahu

Lain: Kenapa Tangan Kebas & Cara Rawat

Maksud Kolestrol

Kolestrol adalah sejenis lemak yang juga dikenali sebagai lipid. Ianya wujud dalam setiap sel manusia dan haiwan.

Badan boleh menghasilkan kolesterol dan mendapatkannya daripada makanan. Hati akan menghasilkan kolestrol semulajadi seperti lilin iaitu kombinasi lemak dan steroid.

Jenis kolestrol

Berikut adalah jenis kolestrol dan penjelasannya:

  • Low Density Lipoprotein (LDL): Kolestrol jahat. Boleh menyebabkan saur darah tersumbat. LDL yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
  • High Density Lipoprotein (HDL): Kolestrol baik. Boleh membantu menurunkan LDL di dalam salur darah. Wanita memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki. Paras HDL wanita serta risiko penyakit jantung menjadi sama setelah menopaus.
  • Tryglicerides (TG): Lemak di dalam darah. Sumber tenaga yang tidak digunakan. TG yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Fungsi kolestrol

Berikut adalah beberapa fungsi kolestrol dalam badan manusia:

  • Membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati
  • Amat penting untuk melindungi saraf dan membina sel badan baru
  • Menghasilkan hormon tertentu untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia

Apa itu bacaan kolestrol?

Bacaan kolestrol adalah bacaan yang menunjukkan berapa banyak kolesterol yang ada dalam darah anda.

Kolesterol HDL anda hendaklah tinggi (sebaik-baiknya melebihi 60). Kolesterol LDL pula hendaklah di bawah 100. Jumlah kedua-duanya perlu bawah 200.

Bacaan ini penting kerana ia membantu anda mengetahui risiko untuk menghidap penyakit jantung.

Diharapkan info bacaan kolestrol normal di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Bacaan kolestrol normal

Jenis
Kolestrol /
Jantina
Jumlah
Kolestrol
TGLDLHDL
Lelaki /
Wanita
bawah 19 tahun
Optimal: <4.4 mmol/L
Borderline: 4.4-5.1 mmol/L
High: >5.2 mmol/L
Optimal: <3.1 mmol/L
Borderline: 3.1-3.7 mmol/L
High: >3.7 mmol/L
Optimal: <2.6 mmol/L
Borderline: 2.7-3.3 mmol/L
High: >3.3 mmol/L
Optimal: ≥1.2 mmol/L
Lelaki atas 20 tahunOptimal: <5.2 mmol/L
Borderline: 5.2-6.2 mmol/L
High: >6.2 mmol/L
Optimal: <3.4 mmol/L
High: >3.4 mmol/L
Optimal: <2.6 mmol/L
Borderline: 2.6-4.1 mmol/L
High: >4.1 mmol/L
Optimal: ≥1.0 mmol/L
Wanita atas 20 tahunOptimal: <5.2 mmol/L
Borderline: 5.2-6.2 mmol/L
High: >6.2 mmol/L
Optimal: <3.4 mmol/L
High: >3.4 mmol/L
Optimal: <2.6 mmol/L
Borderline: 2.6-4.1 mmol/L
High: >4.1 mmol/L
Optimal: ≥1.2 mmol/L

Kesan kolestrol tinggi

Kolesterol tinggi dapat memberi kesan negati yang signifikan pada kesihatan seseorang seperti:

  1. Penyakit jantung dan pembuluh darah: Kolestrol tinggi dapat menyebabkan penumpukan plak di arteri, yang menyempitkan saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung koroner, serangan jantung, dan strok.
  2. Atherosclerosis: Akumulasi plak dalam arteri (aterosklerosis) dapat menghambat aliran darah dan menyebabkan berbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan sirkulasi darah yang buruk.
  3. Penyakit pembuluh darah: Kolestrol tinggi juga dapat menyumbang pada penyakit arteri perifer, yang mempengaruhi aliran darah ke kaki dan lengan.
  4. Risiko pembekuan darah: Kolestrol tinggi juga dapat mempengaruhi koagulasi darah dan meningkatkan risiko pembekuan darah sehingga menyebabkan masalah serius seperti trombosis.

Sumber: Bacaan Kolestrol Normal Mengikut Umur, Jantina dan Jenisnya (ecentral.my)