Kenapa Tangan Kebas & Cara Rawat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Punca tangan kebas dan cara rawatan yang mudah dan berkesan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Punca Tangan Kebas dan Bagaimana Merawatnya? (jiwasihat.com)

Lain: Ketahui Tanda Sakit Jantung Sebelum Terlambat

Punca Tangan Kebas

Berikut adalah sebab kenapa tangan kebas.

1. Kenapa Tangan Kebas : Sindrom terowong karpus

Terowong karpus atau carpal tunnel syndrome ialah terowong sempit yang melalui bahagian tengah pergelangan tangan anda. Ditengah-tengah terowong ini terdapat saraf median dan tendon.

Aktiviti harian seperti menaip atau kerja yang menggunakan tangan dan jari secara berulang-ulang boleh menyebabkan masalah ini. Ini akan menyebabkan tangan anda berasa kebas, kesemutan, sakit atau lemah.

2. Kesan sampingan ubatan

Terdapat juga kesan sampingan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tangan kebas. Ini disebabkan oleh kerosakan saraf.

Berikut adalah beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kebas:

  • Ubat antikanser seperti cisplatin dan vincrisine.
  • Ubat antibiotik seperti metronidazolenitrofurantoin dan fluroquinolones.
  • Ubat antisawan seperti phenytoin.
  • Ubat darah tinggi atau jantung seperti amiodarone dan hydralazine.
  • Kemoterapi

3. Kekurangan vitamin

Kekurangan vitamin B-12 boleh menyebabkan kebas atau sesemut pada bahagian tangan dan kaki. Vitamin B-12 ini penting untuk mengekalkan kesihatan saraf.

Selain itu, kekurangan mineral seperti kalium (potassium) dan magnesium juga boleh menyebabkan kebas.

Gejala lain akibat kekurangan vitamin B-12 adalah:

  • keletihan
  • penyakit kuning
  • halusinasi
  • susah untuk mengekalkan keseimbangan

4. Radikulopati servikal

Sekiranya rawan, otot atau tendon meletakkan terlampau banyak tekanan pada saraf ia akan menyebabkan saraf ini tidak boleh berfungsi dengan betul. Ini boleh menyebabkan kebas. Keadaan ini dipanggil radikulopati servikal atau saraf tercubit.

Kecederaan, penggunaan yang kerap dan artritis juga boleh menyebabkan keadaan ini.

Gejala lain yang mungkin turut dirasai adalah:

  • Rasa semut-semut atau cucuk-cucuk
  • Otot lengan menjadi lemah
  • Sakit yang tajam atau rasa perit

5. Kencing Manis (Diabetes)

Keadaan yang dipanggil ‘neuropati diabetes’ boleh menyebabkan kebas di tangan dan kaki. Kebiasaannya ia bermula di kaki terlebih dahulu.

Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan saraf di tangan dan kaki.

Simptom lain yang boleh dirasai adalah:

  • otot menjadi lemah
  • hilang keseimbangan
  • rasa seperti dicucuk-cucuk
  • rasa sesemut
  • rasa sakit yang kuat atau kejang

6. Strok

Kebas di tangan juga mungkin salah satu tanda strok. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala-gejala berikut:

  • Kebas secara tiba-tiba diikuti lemah otot atau lumpuh di muka, tangan atau kaki. Selalunya ia berlaku di sebelah badan sahaja.
  • Sukar untuk bercakap dan sukar untuk memahami percakapan orang lain.
  • Sukar untuk melihat secara tiba-tiba di sebelah atau kedua-dua belah mata.
  • Sukar untuk berjalan dan mengekalkan keseimbangan badan.
  • Sakit kepala yang teruk dan boleh disertai oleh muntah dan pening.

Cara Rawat Tangan Kebas

Berikut adalah cara rawatan tangan kebas

1. Rawatan Tangan Kebas : Senaman

Bagi kebas yang berpunca daripada sindrom terowong karpus, senaman pergelangan tangan boleh membantu mengurangkan gejala ini. Senaman seperti mengoncangkan tangan, regangan armstrong dan spider doing pushups on a mirror boleh membantu.

Bagitu juga bagi mengurangkan gejala spondilosis servikal, senaman regangan, postur dan penguatan boleh membantu.

2. Memakai Wrist Guard

Memakai “wrist guard” ini boleh menegakkan pergelangan tangan dan melegakan saraf median. Ini secara tidak langsung boleh mengelakkan kebas akibat daripada sindrom terowong karpus.

3. Ubat belian kaunter

Ubat belian kaunter seperti ubat tahan sakit boleh membantu bagi sakit-sakit ringan di bahagian tangan, leher dan bahagian lain.

4. Suplemen vitamin

Sekiranya kebas ini berpunca daripada kekurangan vitamin B-12, suplemen atau makanan tambahan vitamin B-12 boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu, makan makanan yang tinggi dengan vitamin B-12 seperti kerang, hati lembu atau ikan kembung juga boleh membantu.

5. Pembedahan

Pembedahan adalah pilihan terakhir sekiranya rawatan menggunakan kaedah lain tidak berjaya.

Sumber: Punca Tangan Kebas dan Bagaimana Merawatnya? (jiwasihat.com)