Belajar Bahasa Sarawak (Loghat Sarawak)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai belajar bahasa Serawak atau bahasa melayu Sarawak dengan mudah dan cepat.

Lain: Koleksi Loghat Kelantan (Loghat Kelate) Serta Maksud

Bahasa Sarawak

Bahasa Sarawak ini digunakan secara meluas oleh orang Sarawak di mana mereka cakap Sarawak yang mirip dengan bahasa Malaysia.

Menjadi perkara biasa bila orang luar Sarawak yang datang buat pertama kalinya ke Sarawak akan keliru dengan bahasa Sarawak.

Belajar Bahasa Sarawak

Jom belajar bahasa Sarawak mengikut cara di bawah ini yang dikongsikan oleh laman beloya2u.

Bahasa Melayu Sarawak

  1. Beloya=berborak
  2. Awak pergi mana?= Kitak gi sine?
  3. Awak buat apa? = Kitak apa polah?
  4. Awak dah makan? = Kitak dah makan?
  5. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
  6. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
  7. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
  8. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak juak?
  9. Apa maksud makan hati? = Apa reti makan hati?
  10. Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
  11. Ye la tu = Aok ajak la
  12. Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
  13. Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
  14. Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
  15. Lepas ini pergi mana pulak? = Lepas tok pegi sine?
  16. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh?
  17. Gatalnya budak tu.. = Kenja nar nemiak ya eh?
  18. Pandainya awak = terer na kitak?
  19. Kesian = owhh tedah
  20. Dia pula yang terpilih = Nya indah dipilih? 
  21. Awak nampak biru la hari ni = Kitak nampak biru la haritok
  22. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun.
  23. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak.
  24. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh
  25. Macam mana nak jumpa awak = Camne nak jumpa kitak
  26. Bawa perlahan-lahan kenderaan tu ye = embak slow-slow kereta ya
  27. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh
  28. Hari macam nak hujan je = Hari macam nak hujan jak
  29. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik?
  30. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya?
  31. Awak semua cakap tentang apa? = Kitak orang beloya pasal apa?
  32. ♪♫Cubit-cubitan♫ senggol-senggolan♪ = ♪kubit-kubitan♫ senggol-senggolan♪♫
  33. Ketawa terbahak-bahak = tetak perey
  34. Jahat = Gaok
  35. Bosan nya saya = Angol na kamek
  36. Menyampah aku tengok budak tu = ingga ku nangga nembiak ya
  37. Cawan awak cantik la = Cangkir kitak kacak lah
  38. Mana beli almari tu? = Sine meli kabat ya?
  39. Buruk betul perangai dia = jaik na perangenya eh.
  40. tengok tu = Diat ya
  41. Awak ada lihat tak surat khabar hari ni? = Kitak ada nangga sik surat kabar aritok
  42. Awek tu cantik sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
  43. Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
  44. Dia juga ke yang ikut kita ni? = Nya juak ka ikut kita tok?
  45. Siti situ sana sini = Siti sinun sia sitok
  46. Dia tak pernah berubah lah = Seranto-ranto nya camya
  47. Awak percaya saya tak? = Kitak cayak kamek sik?
  48. Bila sampai? = Bila sampey?
  49. Tak pernah ku tengok budak ni = Sik kalak aku nangga nembiak ya
  50. mengutip sampah = mutit sampah 
  51. Dia memang patut di marah = Nya memang patut di anok.
  52. Jangan nakal-nakal tau = Jangan berolah tauk
  53. saya tak pandai la = endak ku pande eh
  54. Terhempas = terempas
  55. bagitau dia = padah nya
  56. Minyak regular = Minyak benjen
  57. Marah = manas/meradang
  58. Awak Poyo = Bujat kitak
  59. Cermin Muka awak tu = Muka ko diat
  60. Kecilkan suara awak dan jangan bising sangat = Kecikkan sora kitak dan Jangan terkiak-kaong gilak.
  61. Dia orang mabok la = Sidaknya palau-palau jak. 
  62. Aku kempunan makan telur = Kamek ponek makan telur.
  63. Jangan lama sangat = Iboh lamak gilak.
  64. baru saya tahu = Bok kamek tauk.
  65. Menarik = Mengancam
  66. Heboh = Kamboh
  67. Jangan makan banyak sangat = Iboh kitak berkaul gilak makan.
  68. Comel = Kejawak
  69. Merapu = Ngereco
  70. Awak mengulang perkataan yang sama la. = Kitak mala jak ngitok benda ya.
  71. Bulu kening awak cantik = Bulu mansu kitak kacak eh.
  72. Saya tersedak setelah mendengar berita itu = Meransak kamek dengar berita ya?
  73. Barang saya telah di selongkar = Barang kamek kenak kerugak.
  74. Boleh tak saya menghiburkan awak = Boleh sik kamek ngibor kitak.
  75. Guli itu tenggelam = Guli ya tenggelup.
  76. Janganla membebel = Jangan ngerepak.
  77. Luka awak dah sembuh? = Lukak kitak dah bait?
  78. Saya basah kuyup kena hujan = Kamek lebor laur kenak ujan.
  79. Orang tak nak jangan di paksa = Orang sik maok jangan dipejal.
  80. Barang yang awak bawa tu terjatuh la = Barang yang kitak embak ya berayan eh.
  81. Suapkan makanan kat mulut dia = Sapik makanan rah mulutnya lok.
  82. Dah siap ke kerja awak tu? = Dah lekak kerja kitak tek?
  83. Comot = Empeyak
  84. Saya jalan dulu yer = Kamek mopok lok ah.
  85. Aku tak pernah dengar pun = Sik kalak aku nengar pun.
  86. Rambut awak selekeh betul = Unsa-ansei nar rambut kitak.
  87. Mereka bertempiaran lari ke bukit itu = Sidaknya ngelepar lari ke bukit ya.
  88. Saya tak nak jadi penjahat = Kamek sik maok jadi pak sauk.
  89. Sakit hati saya tengok budak tu = Sak ati nar nangga nembiak ya.
  90. Loya anak tekak saya = Berbual sa nyawa kamek.
  91. Jangan jadi penipu = Jangan jadi pembulak.
  92. Hentam je = Gasak jak.
  93. Awak ni kurang pandai la = Kitak tok belukuk bena eh.
  94. Cantiknya almari awak = Kacak nar jemari kitak.
  95. Ambil pisau tu untuk saya = Ambik ladin ya ngan kamek.
  96. Anjing itu kurap = Asuk ya kurap.
  97. Mata saya mengantuk = Mata kamek kelat.
  98. Jangan main dekat lopak tu, kotor tau. = Jangan main rah lopak ya, kemaik/kamah tauk sik.
  99. Awak makan ke mencekik = Kitak makan ka majoh.
  100. Jangan berlari = Jangan berekot.
  101. Letih aku melayan kamu nih! = Ajab rasa nyawaku melayan kau ya!!
  102. Kelmarin awak buat apa? = Ari marek kitak apa polah?
  103. Awak berkelakuan pelik ni kenapa? = Kitak merange kenak?
  104. Awak jalan lurus je kat situ = Kitak jalan joros jak rah sia.
  105. Sedapnye.. Teringin nak rasa lagi = Sedap na eh, belalak rasa nyawa eh.
  106. Aku pulak yang kena = Kamek indah yang kenak.
  107. Jangan main dalam semak-samun = Jangan main dalam rumbu/babas.
  108. Saya tersangat letih sampai tak dapat nak pegang pen = Kamek sempe gilak sampe sikpat nak megang pen.
  109. Bagi saya kepak ayam 2 kg = Berik kamek sayap manok 2 kg.
  110. Letih betul buat sangkar ayam hari ini = Kepak nar molah raban manok ari tok.
  111. Budak tu main tipu lah = Nembiak ya ngakal eh.
  112. Saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak = Kamek mintak maaf sebab nyakit ati kitak.
  113. Selamat malam, Tidur lena yer = Selamat malam, Tido lena kitak ah.
  114. Di Sini kita berkumpul = Di sitok kita bergelumok.
  115. Aku tak suka la budak tu = Sik ku rajin nembiak ya.
  116. Cantik pepatong tu = Kacak kelontet ya.
  117. Dia menumpang motosikal si mamat = Dia berganden make tosikal si mamat.
  118. Terdapat kumbang di dalam pokok kelapa = Ada emberu di dalam pokok niok.
  119. Maaflah.. saya nak cepat = Sori.. kamek begaut.
  120. Saya tak nak la = Sik ku betah.
  121. Buruk perangai mereka = Jaharu perange sidaknya.
  122. Segak kamu hari ini = Gap kitak aritok.
  123. Tak berbaloi awak buat macam tu = Sik bebela kau molah camya.
  124. Lemah longlai = Lemah lintuk
  125. Kena panah kilat = Kenak pangkak nyaruk.
  126. Terkejut sebab barang terjatuh = Beliang entam barang gugok.
  127. Tak kuasa saya nak melayan = Sik pian kamek nak melayan.
  128. Kapal terbang MH370 belum dijumpai = Belon MH370 belum ditemu.
  129. Bising bunyi ekzos motosikal = Tebabak bunyi ekzos tosikal.
  130. Beritahu dia saya dan sampai = padah dengannya kamek dah sampe
  131. Rasa tak bermaya = Mah wa ku (Bahasa Ringkas)
  132. Rasa malas = Alas ku (Bahasa Ringkas)
  133. Bukan main lagi bermekap = Terit jak beresep
  134. Tolong undurkan kereta awak = gostan kereta kitak lok
  135. Saya nak bawa awak lepak = Kamek nak ngajak kitak lepak
  136. Saya tak tahu awak camni = Kamek sik tauk kitak camtok
  137. Awak berimejinasi pasal apa tu = Apa dimejin kitak ya
  138. Tak habis-habis cerita pasal dia = Ndak alah-alah cerita pasalnya
  139. Kesian budak tu kan. = Otedah nembiak ya nak
  140. Selamat berbuka puasa = Selamat bersungkey
  141. Jangan meninggi suara = Jangan nerais sora
  142. Anak saya begitu teruja mendapat barang mainan = Anak kamek kejeron ada jak dapat menan baru
  143. Saya sempat singgah di kedai abu = Kamek nyelepat singgah kedei abu.
  144. Awak tak dengar cakap.. kenapa? = Kitak ya entaleh.. kenak?
  145. Berdenyut kening saya = Ngerijik sa kening ku.
  146. Dagu awak macam mat salleh = Jungo kitak kedak omputeh.
  147. Dilarang cukur bulu kening = Dilarang cukur bulu mangsu.
  148. Awak memang degil = Kitak nang engtingal.
  149. Temankan dia = Ulunya lok
  150. Jangan berdiri di depan pintu = Jangan berdiri di lang pintu
  151. Kerja awak kemas = Usei kerja kitak
  152. Saya tak sokong dia = Kamek sik melan nya
  153. Sesuka hati awak jer camtu = Sukahati kitak jak medo camya
  154. Awak sibuk tak malam ni? = Kitak gago sik malam tok?
  155. Budak tu ada kepandaian lah = Miak ya ada pemande lah
  156. Leher awak merah tu kenapa? = Geruk kitak merah ya kenak?
  157. Dia suka bergurau = Nya suka pelente
  158. Awak lucu = Cali kitak
  159. Jangan paksa dia = Jangan mejal nya
  160. Awak nak gaduh ke? = Ko nak bebukut ka?
  161. Budak tu nakal sangat = Nembiak ya mancai gilak
  162. Kembang hidung dia selepas dipuji = Empengo hidungnya lepas kenak puji
  163. Seksi awek tu = Mancit ompuan ya
  164. Ko nak rasa siku aku? = Ko nak rasa sigong aku?
  165. Badan saya melekit sebab kuat berpeluh = Badan kamek beletik kotan berpeloh.
  166. Jangan ambik lauk pakai tangan = Jangan cerko lauk ya
  167. Terperanjat saya = San buyan kamek
  168. Awak menginap ke? = Kitak berambeh kah?
  169. Tak berubah kedudukan batu tu = Sik ngerujik kedudukan batu ya
  170. Tolong isikan air = Tolong isik air
  171. Dia adalah kawan yang baik = Nyalah geng yang bait
  172. Jalan lambat = Jalan lombot
  173. Kau ni anak siapa? = Kau tok pureh sapa
  174. Aku dah tak ada duit ni = Kamek dah sandat tok
  175. Jika la awak cinta saya = Mun la kitak suka kamek
  176. Kenapa pentas itu kosong = Kenak pentas ya puang
  177. Dia tengah demam tu = Nya tengah meroi ya
  178. Dia teruja membeli barang = Nya begagan membeli barang
  179. Gatal sangat dengan si jamal = Lanji gilak dengan si Jamal
  180. Mereka bergaduh kat sana = Sidaknya berusah kat sinun
  181. Awak guna apa tu? = Kitak make apa ya?
  182. Jangan degil sangat!!! = Jangan entingal gilak!!!
  183. Kenapa terburu-buru sangat? = Kenak sengaut gilak?
  184. Kaki dia terseliuh = Kitak nya selauk
  185. Anak dia terjatuh = Anak nya terusuk
  186. Awak pengotor sangat la = Kitak ceridak gilak la
  187. Mulut dia banyak cakap = Mulut nya cerobeh
  188. Budak tu bijak comel = Nembiak ya ceredit
  189. Baju dia warna merah jambu = Baju nya warna gadong
  190. Saya nak beli baju warna unggu = Saya nak beli baju warna engkodok
  191. Hidup si Polan amat sukar tak teratur = Idup si Polan merinsak
  192. Sakit hati dengan budak tu = Sak ati dengan nembiak ya
  193. Tak perlu laju sangat memandu tu = Sik perlu begaut gilak debing ya.
  194. Besar benar kerengga kat sini = Besar na juak kesak kat sitok
  195. Pengsan saya nanti = Leput kamek kelak
  196. Tadi dia pengsang = Tadi dia pisan
  197. Tinggi anak awak = Lanjo anak kitak
  198. Gemok budak tu = Buntuk biak ya
  199. Tolong bimbit bag saya kejap = Tolong kimbit bag kamek lok jap
  200. Si Polan kena lenyek lori sejauh 1km = Si Polan kenak pirit lori sejauh 1km
  201. Rindu dengan arwah = Bera’ie dengan orang ninggal
  202. Muka comot makan kek = Muka menois makan kek
  203. Abu menumbuk belakang Samat = Abu membadok belakang Samat
  204. Diaorang berpesta tak ingat dunia = Sidak nya berpesta nang bekaul mena
  205. Ko dah kenapa mengorat dia = Ko apahal bebadak ngaco nya
  206. Sampai hati awak buat camtu = Kempang hati kitak molah camya
  207. Awak takda hati perut ke? kejam sangat? = Kitak pengempang gilak kenak? Gaok gilak?
  208. Baling gigi atas atap tu = Tikam gigi atas padong nun
  209. Jangan bermain bawah sidai baju tu = Jangan main dibah jungkar ya
  210. Bumbung rumah ni macam basah kena air = rabong rumah tok macam basah kenak aik
  211. Saya duduk tepi ni je tunggu awak = Kamek duduk sukut tok jak nunggu kitak
  212. Dia pemarah orang nya = Nya pemanas pun orang
  213. Cerita zaman dahulu menarik untuk di dengar = Cita zaman mensia bes mun di dengar
  214. Kau jangan cakap sebarangan. Nanti cuaca buruk bang = Kitak jangan kelaka sebarang. Kudik ari kelak.
  215. Azan dah berbunyi tu. Jom lah!! = Dah bunyi Bang’ ya. Juh lah agik!!

Diharap Bahasa Sarawak di atas ini dapat memberikan ilmu yang baru kepada anda

Sumber: BELAJAR BAHASA SARAWAK (beloya2u.com)