Harga Bateri Kereta Terbaik 2024 (Kering & Basah)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan harga bateri kereta terbaik, cara pasang bateri kereta, cara jumper bateri kereta, kedai bateri kereta near me dan bateri kereta murah.

Harga Bateri Kereta Terbaik

Berikut adalah senarai harga bateri kereta terbaik dan bateri kereta murah bagi menggantikan bateri kereta kong anda.

Bateri Kereta Murah

KATEGORIHARGA
Bateri NS40ZLRM120-RM170
Bateri NS60RM140-RM180
Bateri NS70RM190-RM245
Bateri DIN55RM190-RM245
Bateri 55D23LRM190-RM245

Harga bateri kereta juga bergantung kepada jenama yang anda piliha dari jenama Panasonic, Century, Bosch, Yokohama, GP Yamasaki, Aokly, Yuasa, Hitachi, Amaron dan lain-lain lagi untuk tahun 2022.

Kami sedang kemaskini data dan info harga bateri kereta yang murah dan sesuai dengan model kereta Perodua Myvi Axia Viva Alza Kancil Bezza, Proton Gen2 Saga Waja Wira Persona, Honda City Civic Accord dan banyak lagi model kereta.

Kedai Bateri Kereta Near Me

Bagi anda yang mempunyai masalah bateri rosak di rumah, anda boleh meminta pihak Bateriku untuk datang ke rumah dan tukar dengan harga bateri kereta murah. Terdapat juga beberapa pilihan jenis bateri untuk anda dengan harga yang menarik.

Tips Memilih Bateri Kereta

Berikut adalah tips memilih bateri kereta di kedai.

  1. Jangan sesekali beli kereta yang tersimpan lama di kedai
  2. Jangan sesekali buang kad waranti, dan resit pembelian bateri kereta anda. Ini kerana ada kes di mana bateri cepat rosak dari tempoh waranti yang diberikan
  3. Anda perlu bateri kereta yang sesuai dengan suhu dan iklim di Malaysia serta sesuai dengan sistem audio kereta anda. Lebih hebat sistem audio, lebih kuasa yang diperlukan untuk bateri kereta anda
  4. Sila memilih bateri yang hampir sama spesifikasi seperti yang dibekalkan pembuat kereta

Cara Buat Bateri Tahan Lama

Untuk cara buat bateri kereta tahan lama, ikuti panduan berikut:

  1. Sila parking kereta di tempat yang berbumbung atau tempat yang lebih teduh
  2. Jika anda perancangan untuk tinggalkan kereta anda untuk tempoh yang lama, kami nasihatkan anda anda tinggalkan bateri kereta anda untuk sementara waktu
  3. Jangan sesekali kerapkali untuk cas semula kereta anda samada menggunakan jumper. Seeloknya bawa kereta anda untuk seminggu sekali ataupun hidupkan kereta yang anda jarang gunakan 2 hari sekali.
  4. Jangan sekali lupa tutup lampu kereta, cabut kunci kereta anda
  5. Menggunakan bateri yang sesuai dengan sistem audio kereta anda
  6. Matikan sistem audio, aircond, sistem elektronik terlebih dahulu sebelum hidupkan enjin kereta

Cara Jual Bateri Kereta

Apabila anda beli bateri kereta yang baru, jangan sesekali buang bateri lama.

Dan juga jangan sesekali beri secara percuma dan free bateri lama anda kepada tuan kedai ketika anda menukar bateri yang baru.

Anda sebenarnya boleh buat duit dengan bateri lama anda, apabila anda jual bateri anda kepada syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur KL.

Kadar yang ditetapkan untuk dibeli oleh Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora adalah RM1 untuk setiap 1 kg. Ataupun anda boleh jual di bengkel-bengkel bateri dengan kadar harga antara RM10 hingga RM15. Anda juga boleh jual dengan Carsome.

Cara Jumper Kereta

Bagi anda yang ingin cara jumper bateri kereta, anda boleh lihat panduan di Cara Jumper Kereta Yang Betul

Sumber: Mypt3