Cara Jumper Kereta Yang Betul

Dalam artikel kali ini kami akan berkongsikan cara jumper bateri kereta yang betul. Adalah amat penting untuk anda ketahui cara untuk melakukan jumper bateri kereta kerana sekiranya silap, anda boleh mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit.

Kerosakan ini disebabkan oleh litar pintas pada komponen elektroknik dalam kenderaan, lebih-lebih lagi kerata pada masa kini penuh dengan komponen elektronik.

Sebelum anda jumper bateri kereta, anda memerlukan barang-barang seperti berikut:

  1. Bateri Kong / Mati
  2. Kabel Jumper
  3. Kereta dengan bateri yang baik / bateri kereta yang baik / jumpstart powerbank

Sekiranya anda mengunakan bateri / kereta dengan bateri, pastikan saiz bateri tersebut adalah sama/lebih besar daripada bateri anda

Cara Jumper Bateri Kereta

Berikut adalah langkah-langkah cara jumper bateri kereta anda yang diambil dari laman web CARPUT.

Matikan Enjin Dan Suis Kedua-Dua Kenderaan

Pastikan kedua-dua kereta, kereta yang tidak boleh dihidupkan (kereta kong) dan kereta yang nak digunakan untuk jumper (kereta bantuan) telah dimatikan enjin dan suis elektronik. Nak lebih selamat, cabut kunci kenderaan daripada suis.

Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang litar pintas berlaku pada kereta bantuan.

cara jumper kereta

Sambungkan Jumper Kabel Merah Pada Terminal Positif Bateri Kereta Kong

Mulakan langkah penyambungan jumper kabel pada bateri kereta kong dahulu. Pastikan sambungan dilakukan pada terminal POSITIF bateri. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan kesilapan sambung jumper bateri, kami sarankan untuk anda gunakan kabel jumper MERAH = TERMINAL POSITIF, dan kabel jumper HITAM = TERMINAL NEGATIF.

cara jumper kereta

Sambungkan Jumper Kabel Merah Pada Terminal Positif Bateri Kereta Bantuan

Sekarang, lakukan sambungan jumper kabel MERAH tadi, pada terminal POSITIF bateri kereta bantuan. Kini, kedua-dua bateri kereta disambung pada terminal positif kenderaan.

cara jumper kereta

Sambungkan Jumper Kabel Hitam Pada Terminal Negatif Bateri Kereta Bantuan

Seterusnya, sambungkan kabel jumper hitam pada terminal negatif bateri kereta bantuan.

cara jumper kereta

Sambungkan Jumper Kabel Hitam Pada Terminal Negatif Bateri Kereta Kong

Berikutnya, anda boleh lengkapkan sambungan dengan cara menyambung pada terminal negatif bateri kereta kong. Dengan ini, anda mempunyai kenderaan yang telah lengkap disambungkan di antara kedua-dua kenderaan.

cara jumper kereta

Hidupkan Enjin Kereta Bantuan

Sambungan dah selesai, kini masanya untuk mengecas bateri kereta kong. Mulakan dengan menghidupkan enjin kereta bantuan terlebih dahulu. Biarkan enjin berjalan selama 3-5 minit untuk pengecasan berlaku pada bateri kereta kong.

cara jumper kereta

Hidupkan Enjin Kereta Kong

Dan sekarang, hidupkan enjin kereta kong tadi. Selesai!

cara jumper kereta

Bagi urutan mencabut kabel jumper tadi, anda hanya perlu mencabut secara berlawanan turutan daripada turutan anda memasang jumper kabel tadi. Jika tadi kabel jumper terakhir yang anda pasang adalah kabel hitam pada kereta bantuan, untuk mencabut, kabel tersebut adalah kabel pertama yang perlu dicabut.

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Jumper Kereta

Beberapa perkara yang anda perlu tahu selepas anda lakukan jumpstart:

  1. Pastikan enjin kereta berjalan selama 5-10 minit untuk tujuan pengecasan semula bateri oleh alternator.
  2. Sekiranya jumpstart gagal, kemungkinan bateri sudah tamat tempoh dan tidak boleh lagi digunakan.
  3. Sekiranya jumpstart berjaya, tetapi bateri gagal dihidupkan semula setelah dimatikan, berkemungkinan alternator rosak dan gagal mengecas kembali bateri kereta.

Infografik Cara Jumper Kereta

cara jumper bateri kereta

Sumber: CARPUT