Harga Proton X50 Diumumkan, Bermula Dari RM79,200

Pada hari ini harga Proton X50 iaitu kenderaan yang sedang hangat diperkatakan, diumumkan secara rasmi. Ianya bakal dijual pada harga bermula dari RM 79,200 sebuah untuk model Standard paling asas dan meningkat ke RM 103,300 sebuah untuk model paling premium TGDi Flagship.

Proton X50 Harga, Variant, Warna, Spesifikasi Diumumkan

Menurut Proton, tempahan mula dibuka secara rasmi pada 16 September 2020, dan sehingga kini, lebih daripada 20,000 tempahan telah diterima dari warga Malaysia yang ingin menjadi pemilik pertama.

Harga atas jalan (OTR) untuk Proton X50 termasuk subsidi cukai jualan PENJANA adalah:

Semenanjung Malaysia
1.5T Standard: RM 79,200
1.5T Executive: RM 84,800
1.5T Premium: RM 93,200
1.5 TGDi Flagship: RM 103,300

Sabah dan Sarawak
1.5T Standard: RM 81,200
1.5T Executive: RM 86,800
1.5T Premium: RM 95,200
1.5 TGDi Flagship: RM 105,300

Sumber: Facebook Proton Cars