Ketahui Kenapa Kereta Tak Boleh Start

Kereta anda gagal untuk dihidupkan? Pelbagai sebab kenapa kenderaan tidak boleh start dan mari kita lihat satu persatu sebab-sebab kemungkinan mengapa kereta tidak boleh start.

Artikel Menarik : Panduan Tekanan Angin Tayar Kereta & Motor

Kenapa Kereta Tak Boleh Start

Kenapa kereta tak boleh start : Bateri

Perkara pertama perlu diperiksa adalah bateri kereta anda. Periksa sama ada kereta anda boleh menyalakan lampu hadapan atau pun tidak. Perhatikan juga meter, tekan horn dan hidupkan radio kereta sekiranya boleh dihidupkan pada kunci ACC. Sekiranya boleh, besar kemungkinan bateri anda masih dalam keadaan baik.

Sekiranya lampu tidak dapat dihidupkan, periksa kepala bateri kenderaan anda, pastikan disambungkan pada kabel dan diketatkan kepada kepala bateri dan ulangi pemeriksaan tersebut.

Sekiranya bateri dalam keadaan lemah, proses jumper dari bateri kereta lain boleh digunakan untuk menghidupkan enjin sementara mencari bateri gantian.

kenapa kereta tak boleh start
Perhatikan kepala bateri

Kenapa kereta tak boleh start : Starter

Setelah didapati bateri bukan punca kenapa kereta tak boleh start, kenal pasti adakah semasa kereta cuba dihidupkan terdapat bunyi crank atau bunyi starter. Sekiranya tiada atau bunyi kosong, berkemungkinan starter kereta rosak dan perlu ditukar.

Perhatikan juga wayar yang bersambung pada starter kereta anda, sekiranya tercabut, kemungkinan starter anda tidak rosak tetapi tertanggal penyambungan.

Seandainya kereta anda jenis transmisi manual, anda masih boleh menghidupkan kereta dengan cara kereta tersebut ditolak dan gear telah dimasukkan dan melepaskan clutch secara perlahan apabila kenderaan sedang ditolak dengan laju.

Kenapa kereta tak boleh start : Minyak Petrol

Minyak petrol adalah bahan utama untuk memulakan dan meneruskan proses pembakaran di dalam enjin. Perhatikan meter minyak adakah minyak petrol masih cukup atau sudah kehabisan. Sekiranya minyak masih mencukupi, berkemungkinan kegagalan petrol pump atau penapis petrol sudah tersumbat.

kenapa kereta tak boleh start
Pastikan minyak mencukupi

Kenapa kereta tak boleh start : Penapis Udara Enjin (Air Filter)

Periksa kotak air filter kenderaan dan bersihkan sekiranya dipenuhi oleh daun daun kering atau daun yang basah sehingga boleh menutupi ruang kemasukan udara kedalam intake manifold

Kenapa kereta tak boleh start : Sensor Failure

Kereta pada zaman sekarang memang mempunyai pelbagai jenis sensor yang dihubungkan kepada ecu kereta. Sekiranya terdapat lampu check engine semasa anda cuba untuk menghidupkan kereta, ecu kereta perlu diperiksa oleh mekanik untuk memastikan punca lampu enjin keluar.

Kebiasaan sensor yang rosak sehingga menyebabkan kereta tidak boleh start adalah crankshaft position sensor. Sensor ini penting untuk ecu kereta mengetahui posisi crankshaft semasa enjin dihidupkan dan berjalan untuk mengawal fuel injection enjin.

kenapa kereta tak boleh start
Crankshaft Position Sensor

Kenapa kereta tak boleh start : Kedudukan Gear

Perkara ini sering terjadi dan terlepas pandang oleh pemandu kenderaan transmisi automatik. Perhatikan gear kereta anda pada posisi apa semasa kenderaan dihidupkan. Enjin tidak dapat dihidupkan sekiranya gear berada pada selain dari Park (P) dan Neutral(N).

kenapa kereta tak boleh start
Pastikan kedudukan gear

Sekiranya sebab-sebab di atas bukan menjadi punca kenapa kereta tak boleh start, dinasihatkan pengguna untuk mendapatkan pemeriksaan mekanik untuk mendapatkan punca sebenar dan membaikinya.

Sumber : mentalfloss