Laman Web Untuk Beli Kereta Terpakai Proton Dilancarkan

Baru-baru ini, Proton telah melancarkan laman web untuk beli kereta terpakai Proton iaitu Proton Certified Pre-Owned (PCPO).

Proton X50 Harga, Variant, Warna, Spesifikasi Diumumkan

Proton melalui laman web tersebut menawarkan cara mudah kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat mengenai stok dan membeli kereta terpakai dari 36 pengedar seluruh negara serta tukar beli kenderaan bagi pembelian model Proton baharu.

Setiap pengedar tersebut perlu memenuhi syarat serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan. Sebagai contoh, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baru.

proton certified pre owned pcpo

Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak perjalanan tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli. Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.

Sebagai tambahan, semua kereta PCPO turut diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis kenderaan percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran.

Dalam pada itu, jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh Proton di laman web PCPO. Bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan. Akan tetapi, ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pengguna. Layari Proton Certified Pre-Owned (PCPO) untuk maklumat lanjut.

Sumber: Wiser.my