Beazyme Tablet : Fungsi, Kandungan & Kesan Sampingan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Beazyme Tablet : kegunaan, dos dan kesan sampingan

Lain: Zincofer : Fungsi, Kegunaan, Kandungan Ubat

Beazyme Tablet

Beazyme tablet adalah ubat yang digunakan bersama dengan terapi fizikal atau kemoterapi bagi merawat atau mencegah masalah bengkak dan keradangan.

Kandungan Beazyme Tablet

Beazyme terdiri daripada campuran Beazyme dan chymopapain, enzim proteolitik yang menghidrolisis polipeptida, amida, dan ester, terutamanya pada ikatan yang melibatkan asid amino asas, atau leucine atau glisin, menghasilkan peptida dengan berat molekul yang lebih rendah.

Fungsi Beazyme Tablet

Tablet Beazyme ini berfungsi sebagai enzim anti-radang kepada tubuh badan. Ia boleh mencegah dari edema dan keradangan.

Cara Pengambilan Beazyme

Untuk orang dewasa, anda boleh mengunyah atau menghisap 2 tablet 4 kali sehari untuk hari pertama selepas makan.

Kemudian untuk hari berikutnya, dos dikurangkan satu tablet 4 kali sehari paling kurang 5 hari.

*Beritahu doktor sebelum menggunakan ubat ini sekiranya anda sedang mengandung atau menyusu

*Jangan gunakan tablet ini untuk keradangan dan tumor kelenjar tanpa berunding terlebih dahulu dengan doktor anda

*Ambil ubat ini seperti yang dinyatakan dalam kotak ubat tanpa melebihi dos yang ditetapkan. Ikut segala saranan dan nasihat daripada doktor dan ahli farmasi.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan Beazyme

Ubat ini tidak boleh digunakan sekiranya anda menghidapai penyakit darah beku atau apa-apa penyakit atau jangkitan yang merebak dalam badan atau sistem badan.

Rujuk doktor anda untuk info lebih lanjut.

Kesan sampingan Beazyme

Beazyme tablet mempunyai kesan sampingannya seperti beberapa reaksi alahan mungkin akan berlaku selepas menggunakan ubat ini.

Anda mungkin akan mengalami pening, letih, terasa loya, atau sakit kepala ketika memandu.

Diharapkan info Beazyme Tablet di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang bermanfaat.

Sumber: Beazyme Tablet: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan (ecentral.my)