Biodata Alya Iman, Pelakon Popular

Alya Iman atau nama penuhnya Nur Alya Iman Binti Azmil. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Alya Iman dan fakta menarik Alya Iman.

Biodata lain: Biodata Ernie Zakri, Penyanyi Popular

Biodata Alya Iman

  1. Nama penuhnya, Nur Alya Iman binti Azmil. Dikenali sebagai Alya Iman. Nama panggilannya, Alyimn.
  2. Merupakan pelakon dan model.
  3. Berketinggian 170 sentimeter.
  4. Anak bongsu.

Fakta Menarik Alya Iman

  1. Anak kepada pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular menerusi watak Ali Setan. 
  2. Anak paling manja dan rapat dengan bapanya. 
  3. Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau bercita-cita ingin menjadi juruterbang. 
  4. Bergelar model sejak berusia 13 tahun lagi. Kerapkali menjadi model peragaan untuk butik-butik Muslimah tempatan. 
  5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2018. 
  6. Setakat ini, beliau yang masih setahun jagung dalam bidang seni telah membintangi telefilem istimewa bersempena Anugerah Juara Lagu 33 berjudul Lelaki Kelas Sebelah, melakonkan watak sebagai Mira untuk siaran TV3 pada Januari 2019. Tidak ketinggalan, drama Senafas Rindu tayangan Astro Ria, memegang peranan sebagai Shafika, bergandingan di sisi teraju utama, Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan.

Sumber: Iluminasi