Biodata Ernie Zakri, Penyanyi Popular

Ernie Zakri atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Ernie Zakri dan fakta menarik Ernie Zakri.

Biodata lain: Biodata Sharifah Rose, Instafamous Dan Pelakon

Biodata Ernie Zakri

  1. Nama penuh: Nur Ernie Shahirah Zakri
  2. Nama pentas: Ernie Zakri
  3. Tarikh lahir: 23 Jun 1992
  4. Umur: 26 tahun
  5. Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
  6. Pekerjaan: Penyanyi dan guru vokal
  7. Media sosial: Instagram @erniezakri

Fakta Menarik Ernie Zakri

  1. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuala Lumpur.
  2. Berkelulusan Diploma Muzik (Vokal) daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan Ijazah Sarjana Muzik, Universiti Malaya.
  3. Ibunya, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain. Manakala bapanya, Zakri Ahmad pula merupakan pemain dram kumpulan band Kilat.
  4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
  5. Memperjuangkan muzik bergenre Balada dan Pop.
  6. Diangkat sebagai juara pertandingan nyanyian Bintang RTM 2009.
  7. Kemudiannya Ernie menjadi artis rakaman menerusi album berjudul Sinaran pada tahun 2011.
  8. Bagaimanapun kemunculan awalnya dalam dunia seni ketika itu tidak begitu mendapat sambutan di kalangan peminat muzik tempatan.
  9. Hanya selepas menjuarai program Duo Star bersama rakan gandingan, Syamel, beliau mula mendapat liputan meluas hingga menjadi antara penyanyi pelapis wanita negara yang terkenal dengan kualiti vokal yang baik.
  10. Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Mahu Ingin Bercinta (2011), Rindu Bukan Teman (2011), Khalimah Janji (2012), Takkan Pudar (2015), Ini Yang Ku Mahu (2015), Jangan Marah (2016) dan banyak lagi.
  11. Beliau dianugerahkan trofi Anugerah Vokal Terbaik (bersama Syamel) di Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu Aku Cinta dan Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
  12. Sebagai guru vokal, kelas Ernie bukan sahaja diikuti oleh orang awam, malah beberapa penyanyi popular seperti Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.
  13. Beliau turut memegang peranan sebagai pelatih dan guru vokal yang bertanggungjawab memperkasakan bakat peserta rancangan realiti nyanyian, Big Stage 2018 anjuran Astro.

Sumber: Iluminasi