Biodata Mawar Rashid, Pelakon Dan Model

Mawar Rashid atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid merupakan seorang pelakon. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Mawar Rashid dan fakta menarik Mawar Rashid.

Biodata lain: Biodata Neelofa, Artis Dan Usahawan Popular

Biodata Mawar Rashid

1. Nama penuh: Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid

2. Nama popular: Mawar Rashid 

3. Tarikh lahir: 3 April 1995 

4. Umur: 23 tahun 

5. Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 

6. Pekerjaan: Pelakon dan model 

7. Media sosial: Instagram @mawarashid

Fakta Menarik Mawar Rashid

1. Berketinggian 1.60 meter. 

2. Berdarah kacukan Melayu-Siam. 

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014. 

4. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran. 

5. Pernah tular gara-gara tidak dapat menjawab soalan wartawan berkaitan maksud sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika awal perlaksanaannya. Berikutan itu, ada segelintir netizen yang menghentam kononnya dia adalah ‘bimbo’ yang bermaksud ‘cantik tetapi bodoh’. Mawar memohon maaf kerana ketidakpekaannya terhadap perkembangan ekonomi negara. 

6. Meminati seni tarian. 

7. Sukakan nasi dan masakan pedas. 

8. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibur. 

9. Takutkan lipas hingga boleh menangis! 

10. Pandai bermain gitar. 

11. Pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik. 

12. Beberapa drama dibintanginya ialah Super Gameboy, Tundukkan Playboy Itu, 2000km Ke al-Haram, Suamiku Paling Sweet, Dia, Kalis Kasih, Pencuri Cinta Kelas Satu, Isteriku Mem Besar dan Raisha 2. 

13. Telefilem lakonannya menerusi Rajuk, M4TI, Imam Samar-Samar, Cinta Bersegi-Segi dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati. 

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium. 

15. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. 

16. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Sumber: Iluminasi