Biodata Yonnyboii (Yonny Boii), Penyanyi Popular

Yonnyboii atau Yonny Boii atau nama penuhnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Yonnyboii dan fakta menarik Yonnyboii.

Biodata Lain: Biodata Haqiem Rusli, Penyanyi Popular

Biodata Yonnyboii

  1. Nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin. 
  2. Menggunakan nama komersial, Yonnyboii, Yonny Boii dan Yonny Boi. 
  3. Kelahiran negeri Perak pada 20 Mei 1998 dan berasal dari Setapak, Kuala Lumpur. 
  4. Berumur 22 tahun (2020).
  5. Berpendidikan dalam bidang perisian dan grafik. 
  6. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan komposer. 
  7. Antara lagu dipopularkannya termasuk Tujuan, Biar, Salahku, Takut (duet bersama Caprice), Sakit (duet bersama Zynakal), X Missing U (duet bersama Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Tuju) dan 3 Kucing (duet bersama Ariff Bahran dan Adam E). 
  8. Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @yonnyboii sehingga kini mencatatkan lebih 127,000 pengikut.

Fakta Menarik Yonnyboii

  1. Lebih selesa dikenali sebagai penggubah lagu. 
  2. Sehingga kini sudah menghasilkan ratusan lagu meliputi pelbagai genre muzik, antaranya termasuk lagu berkonsepkan rock kapak! 
  3. Gemar bereksperimen dalam muzik dan enggan terbatas hanya dengan satu genre sahaja. 
  4. Kebanyakan lirik yang dihasilkannya adalah berdasarkan pengalaman beliau sewaktu membesar. 
  5. Menganggap kematangan yang dimiliki hari ini hasil daripada kesukaran hidup yang dilaluinya ketika awal usia remaja. 
  6. Menyifatkan dirinya seorang yang gemar menyendiri, tidak banyak bercakap, suka memendam rasa,  serba kekurangan, malah cepat berasa marah!
  7. Tidak mempunyai ramai sahabat sewaktu zaman persekolahan. 
  8. Sejak umur 16 tahun, beliau mula mencurahkan perasaannya dalam bait-bait lirik menerusi karya lagu yang dihasilkan. 
  9. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sejak 18 Mac 2020, beliau memanfaatkan kelapangan yang ada untuk mengilhamkan lebih banyak karya termasuk lagu baru yang sempat disiapkan, berjudul ‘Jangan Keluar Rumah’.

Sumber: Iluminasi