Biodata Bibi Qairina, Penyanyi Popular

Bibi Qairina atau nama penuhnya Bibi Nur Qhairina Binti Abu Bakar merupakan seorang penyanyi popular. Berikut adalah info mengenai Bibi Qairina seperti biodata Bibi Qairina, Bibi Qairina biodata dan fakta menarik Bibi Qairina.

Biodata menarik lain: Biodata Asif Suhaimi, Pelakon Drama Spontan Popular

Biodata Bibi Qairina

Berikut adalah biodata Bibi Qairina atau biografi Bibi Qairina untuk panduan anda:

  • Nama sebenarnya, Bibi Nur Qhairina binti Abu Bakar.
  • Menggunakan nama pentas, Bibi Qairina.
  • Lahir pada 14 June 2005.
  • Berasal dari Kuala lumpur.
  • Berumur 15 tahun (2020).
  • Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman, Mixology Music.
  • Popular menerusi single sulung berjudul ‘Sokmed’ yang diterbitkan pada 29 November 2019.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @bibiqairina sehingga kini mengumpul lebih 710,000 pengikut.

Fakta Menarik Bibi Qairina

  • Masih menuntut di sekolah menengah.
  • Mendapat bimbingan daripada produser ternama, DJ Fuzz.
  • Ibunya, Tylla Syakila merupakan bekas penyanyi dangdut era 90-an yang pernah mengeluarkan dua buah album di Malaysia dan Indonesia.
  • Mendapat tunjuk ajar nyanyian daripada ibunya.
  • Mula meminati bidang seni suara sejak usia 10 tahun dengan menyertai pelbagai aktiviti berkaitan nyanyian, lakonan dan syair.
  • Mempelajari kemahiran bermain gitar menggunakan laman Youtube.
  • Kerap memuat naik lagu cover di Instagram.
  • Sering muncul sebagai rakan gandingan ibunya dengan memegang peranan sebagai penyanyi latar.
  • Memasang impian untuk berduet dengan penyanyi senior, Ernie Zakri yang cukup dikaguminya.

Sumber: Iluminasi