Biodata Dafi, Penyanyi Popular Dan Anak Ismail Sabri Yaakob

Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Dafi dan fakta menarik Dafi.

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 9: Biodata Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Biodata Dafi

  1. Nama sebenarnya, Gadaffi bin Ismail Sabri.
  2. Menggunakan nama komersial, Dafi.
  3. Berumur 32 tahun.
  4. Berasal dari Kuala Lumpur.
  5. Lahir pada 14 Disember 1988.
  6. Berkelulusan Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.
  7. Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2007 sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
  8. Bakatnya dikesan daripada pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) sebaris dengan penyanyi Aizat Amdan, Heliza Helmi, Mila Jirin dan Nonny Nadirah.
  9. Merakamkan album Seumur Hidup yang diterbitkan pada tahun 2009 dan D4F1 (2014).
  10. Dikenali menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Seumur Hidup, Bila Terasa Rindu, Adinda, Dua Hati Menjadi Satu (duet bersama Gita Gutawa), Girl, Salahkan Aku an banyak lagi.
  11. Antara drama dibintanginya seperti Hotel Mania, Opah Popular, Dia Semanis Honey, Abang Sado Boleh Beres, Black Belt Kaler Pink, Mak Cun (Musim 3) dan Klik! Pengantin Musim Salju.
  12. Termasuk telefilem Dia Semanis Honeymoon dan Dia Semanis Honey Raya.
  13. Kemunculannya dalam iklan televisyen menerusi jenama produk Aiskrim Walls (bersama penyanyi Indonesia, Gita Gutawa), Brands dan Coca-Cola (bersama Shila Amzah).
  14. Akaun Instagramnya yang didartarkan atas nama @dafiismailsabri sehingga kini mencatatkan lebih 430,000 pengikut.

Fakta Menarik Dafi

  1. Memperjuangkan genre muzik pop.
  2. Pernah bernaung di bawah label syarikat rakaman KRU Music Group.
  3. Anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala kakaknya Nina Sabrina merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit ternama.
  4. Diangkat sebagai pelajar terbaik di Akademi Seni Muzik dan Bunyi, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, sekaligus layak menerima Anugerah Industri untuk Kecemerlangan dari universiti berkenaan.
  5. Ketika bertanding di Akademi Fantasia 5, beliau pernah menangguhkan seketika pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang telah diikutinya sejak awal 2006.
  6. Memegang peranan sebagai rakan kongsi dalam syarikat pengurusan artis, Lol Entertainment.
  7. Bakal muncul dengan album baharu yang mendapat sentuhan daripada komposer Indonesia ternama, Ahmad Dhani.

Sumber: Iluminasi