Biodata DG Hisham (Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah)

Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sejak dari 1 Mac 2013 lagi. Dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19 sehinggakan Malaysia antara negara terbaik di dunia dalam menangani wabak COVID-19. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Biodata lain: Biodata Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara Ke-13

Biodata Noor Hisham Bin Abdullah

Berikut adalah biodata DG Hisham:

  • Nama Penuh: Noor Hisham bin Abdullah
  • Nama Gelaran: Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
  • Tarikh Lahir: 21 April 1963
  • Tempat Lahir: Sepang, Selangor
  • Nama Isteri: Nik Suwaida Nik Mohammad Mohyideen
  • Senarai Nama Anak: Muhammad Khair

Pendidikan Noor Hisham

Berikut adalah latar belakang pendidikan DG Hisham:

Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bermula dari Matrikulasi UKM, Ijazah Pertama sehinggalah menamatkan pengajian Master di UKM.

Bil.Kelulusan Tahun  
1.Medical Doctor M.D (UKM) 1988
2.Master of Surgery M.S (UKM) 1994
3.Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery 1997
4.Academy of Medicine Malaysia (A.M.) 1998
5.Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) 2004
7.Advanced Management Program, Oxford Business School, UK 2008

Kerjaya Noor Hisham

Berikut adalah latar kerjaya DG Hisham dan pengalaman kerja beliau:

Ketua Pengarah Kesihatan01.03.2013
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)29.01.2008
Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya16.08.2002
Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur16.01.1998
Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia1997-1998
Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997
Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu01.07.1994
Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur 1990-1994
Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur 02.10.1989
House Officer University Hospital Kuala Lumpur01.08.1988

Pencapaian DG Hisham

  • Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
  • Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL
  • Dinamakan sebagai ‘antara doktor terbaik dunia’ oleh China Global TV Network (CGTN) sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani Covid-19 di Malaysia. (April 2020)
  • Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020.(Julai2020)
  • Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M (Ogos 2020)
  • Dinamakan antara Trio Wira Covid dalam portal The Independent, Singapura.(Oktober 2020).
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) UKM 2021.

Sumber: Mywilayah