Biodata Farah Ann, Ratu Gimnas Malaysia

Farah Ann, atau nama penuhnya Farah Ann Abdul Hadi. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Farah Ann dan fakta menarik Farah Ann.

Biodata lain: Biodata Dr Muhaya, Pakar Motivasi

Biodata Farah Ann

  • Nama Penuh: Farah Ann Abdul Hadi
  • Nama Komersil: Farah Ann
  • Tarikh Lahir: 3 Mei 1994
  • Umur: 23 tahun (2017)
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Keturunan: Kacukan Melayu-Kanada
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Atlet Gimnastik Malaysia dan Model
  • Prinsip Hidup: Percaya pada diri sendiri
  • Pencapaian:
    -Pingat perak (kategori palang) di Kejohanan Gimnastik Piala Dunia 2016 di Ljubjlana, Slovenia.
    -Pingat dua pingat Emas dan tiga pingat gangsa di Sukan SEA 2015 Singapura.
    -Juara keseluruhan Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan ke-29 di Bukit Jalil dengan merangkul tiga emas, satu perak dan satu gangsa dengan mewakili negeri Selangor.
    -Pingat perak di Sukan SEA 2011 Indonesia.
  • Facebook: https://www.facebook.com/farahannofficialpage
  • Twitter: https://twitter.com/farahannhadi
  • Instagram: https://www.instagram.com/farahann94

Fakta Menarik Farah Ann

  1. Mula menceburi sukan gimnastik sejak berusia tiga tahun lagi.
  2. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah, penuh motivasi, sukakan pengembaraan dan kadang-kala cemerkap.
  3. Gemar membaca buku bergenre fiksyen dan fantasi.
  4. Memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 iaitu 5A dan 5B.
  5. Selain berehat di rumah, menonton wayang merupakan aktiviti masa lapangnya.
  6. Jika tidak aktif sebagai gimnas, Farah mahu menjadi jurulatih separuh masa atau pengacara TV.
  7. Beliau pernah terlantar di hospital hampir dua minggu dan berehat di atas katil selama sebulan dek kerana keretakan lutut, tulang belakang dan jari.
  8. Kakaknya iaitu Kartrina Ann Abdul Hadi merupakan atlet renang berirama negara.
  9. Datuk Nicol Ann David dan Pandelela Rinong merupakan idolanya dalam bidang sukan.
  10. Menerima darjah kebesaran iaitu Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Suttan Sharafuddin Idris Shah pada Disember 2016.
  11. Pernah tercalon di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) bagi kategori Bintang Sukan Wanita Pilihan Online.

Sumber: azhan.co