in

Biodata Lee Zii Jia, Pemain Badminton Malaysia

lee zii jia

Lee Zii Jia merupakan pemain badminton negara yang dikatakan pengganti Lee Chong Wei. Beliau selaku pemain badminton perseorangan Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di kejohanan badminton All England 2021, baru-baru ini. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Lee Zii Jia, Lee Zii Jia biodata dan fakta menarik Lee Zii Jia.

Biodata atlet Malaysia popular lain: Biodata Pandelela Rinong, Atlet Sukan Terjun

Biodata Lee Zii Jia

  • Berumur 23 tahun.
  • Kelahiran Alor Setar, Kedah pada 29 Mac 1998.
  • Berketinggian 186 sentimeter (cm) dan mempunyai berat badan 78 kilogram (kg).
  • Anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H, Alor Setar, Kedah.
  • Mula berjinak-jinak dalam sukan badminton sejak usia enam tahun.
  • Mempamerkan aksi cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun, sebelum bermain secara profesional pada umur 13 tahun.
  • Beliau kemudiannya mendapat tawaran menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
  • Bergelar juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015, seterusnya ditempatkan dalam Persatuan Badminton Malaysia.

Fakta Menarik Lee Zii Jia

  • Beliau yang berada di ranking ke-10 dunia berjaya menewaskan Viktor Axelsen di All England 2021 yang menduduki ranking ke-2.
  • Perlawanan berkenaan menjadi pertembungan keduanya dengan Axelsen yang mana beliau terlebih dahulu menundukkan pemain Denmark itu pada 2019.
  • Menerima ganjaran hadiah wang tunai berjumlah AS$59,500 (RM244,344).
  • Kejohanan badminton paling tua itu terdahulu dimenangi beberapa pemain lagenda tempatan iaitu Wong Peng Soon (1950,1951,1952,1955), Datuk Eddy Choong (1953,1954,1956,1957), Tan Aik Huang (1966) dan Muhammad Hafiz Hashim (2003).

Sumber: Illuminasi