Biodata Mamat Khalid, Pengarah Filem Popular

Mamat Khalid atau nama penuhnya Mohamad Mohd Khalid ialah seorang pengarah filem dan penulis lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem bercorak komedi. Beliau merupakjan adik kepada Datuk Lat. Dalam artikel ini kami akan kongsikan biodata Mamat Khalid dan fakta menarik Mamat Khalid.

Biodata lain: Biodata Raja Farah, Pelakon Popular

Biodata Mamat Khalid

Berikut merupakan Mamat Khalid biodata dan biografi Mamat Khalid:

Nama penuh Mamat Khalid : Mohamad Mohd Khalid

Tarikh lahir: 6 April 1963

Tarikh meninggal dunia: 24 Oktober 2021

Bidang kerja: Pengarah filem dan penulis lakon layar Malaysia

Tempat lahir: Ipoh, Perak

Fakta Menarik Mamat Khalid

1. Ayah beliau merupakan seorang kerani kerajaan dan ibunya merupakan seorang surirumah.

2. Mamat Khalid memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburui bidang perfileman.

3. Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana. Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016).

4. Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik.

5. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018.

6. Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.

Sumber: Wikipedia