Biodata Masya Masyitah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Biodata Masya Masyitah & latar belakang Masya Masyitah penyanyi popular

Lain: Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton Terbaik Malaysia

Biodata Masya Masyitah

Berikut adalah maklumat mengenai biodata masyitah masya yang dikongsikan oleh laman Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Masya Masyitah | Iluminasi

Masyitah Masya

Biodata Masyitah Masya

Nama Penuh Masya Masyitah : Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff

Umur Masya Masyitah : 23 tahun (lahir pada 2000)

Tempat Lahir: Kulim, Kedah

Latar Belakang Masya Masyitah

Bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min.

Namanya melonjak naik di usia 14 tahun selepas menyertai rancangan realiti nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar pada tahun 2014 di mana beliau telah diangkat sebagai juara. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyandang gelaran naib juara program Bintang Kecil RTM pada 2011.

Kini bernaung di bawah label muzik, Rocketfuel Records.

Popular menerusi lagu Teman Bintang, Mawar Terbiar dan Halimunan.

Dalam bidang lakonan, beliau pernah membintangi beberapa drama dan telefilem, seperti Puasa Oh Puasa, Raya Oh Raya dan Masya Alisya.

Fakta Menarik Masya Masyitah

  • Fizikalnya tinggi lampai dan putih melepak.
  • Bercakap dalam loghat utara.
  • Berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.
  • Mula menyanyi lagu-lagu Mandarin sejak berumur 12 tahun.
  • Berazam melebarkan sayap kariernya ke pasaran muzik negara China.
  • Dinobatkan sebagai naib juara  pertandingan Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016.

Sumber: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Masya Masyitah | Iluminasi