Biodata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Biodata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Pemangku Sultan Johor yang dikongsikan oleh laman Biodata Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim | Astro Awani

Menarik : Biodata Putera Mateen Hassanal Bolkiah

Biodata Tunku Mahkota Johor

Berikut adalah info mengenai biodata TMJ

Tarikh diputerakan : 30 Jun 1984 (Putera Sulung kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah)

Adinda : Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Isteri : Berkahwin dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Okt 2014.

Cahaya mata : Dua putera dan dua puteri iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Pendidikan Tunku Mahkota Johor

Pendidikan awal persekolahan : Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, masing-masing terletak di Johor Bahru dan seterusnya di Australian International School, Singapura.

Pendidikan tempat lain : Hale School, Perth, Australia pada tahun 1999 sehingga akhir tahun 2002.

Pemasyhuran

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 dan kemudian sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Jan 2010.

Jawatan Disandang

1. Penaung Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) (sejak 2012 – kini).

2. Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) (sejak 2016 – kini)

3. Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (sejak 3 Dis 2022 – kini)

Sumber: Biodata Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim | Astro Awani