Biodata Ustaz Azhar Idrus

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Ustaz Azhar Idrus biodata UAI terkini & fakta menarik penceramah popular.

Lain: Biodata Ustaz Wadi Anuar (Wadi Annuar)

Biodata Ustaz Azhar Idrus

Berikut adalah biografi Ustaz Azhar Idrus

Nama Penuh Ustaz Azhar Idrus : Zamrul Idrus

Tarikh Lahir: 12 Februari 1964

Asal: Kuala Terengganu

Kerjaya: Pendakwah Bebas

Status: Berkahwin dan mempunyai 3 isteri

Fakta Menarik Ustaz Azhar Idrus

1. Beliau mendapat Pendidikan awal oleh kedua ibu bapanya dan belajar di Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah dari tahun 1971 hingga tahun 1976.

2. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star dari tahun 1977 sehingga tahun 1978 kemudian berpindah ke Negeri kelahiran beliau iaitu Terengganu dan mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dari tahun 1979 hingga tahun 1983 iaitu dari Tingkatan 3 sehinggalah Tingkatan 6.

3. Rupanya, beliau pernah menjadi seorang guru muzik sekitar tahun 1985. Sekitar tahun 1990, beliau mula belajar agama dan belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh selama 12 tahun.

4. Ketika Ustaz Azhar Idrus berumur 25 tahun, beliau mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhtar mempelajari bab tafsir.

Guru Ustaz Azhar Idrus

Berikut adalah senarai guru Ustaz Azhar Idrus UAI:

  • Guru pertama : Tuan guru haji syed mokhtar – Beliau berjaya menamatkan lebih kurang 40 buah kitab jawi secara talaqqi.
  • Guru Kedua : Tuan guru mohd tahir – Beliau sempat khatam kitab jawi sebanyak 25 buah kitab secara talaqqi.
  • Guru Ketiga : Tuan guru Mohd hakim – Beliau mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti nahu soraf, usul fiqh, mustalah hadis, usul al-quran dan balaghah.
  • Guru Keempat : Tuan guru haji hasyim – Beliau mendalami kitab-kitab arab dalam bab nahu soraf, fiqh, tafsir dan juga faraid.
  • Guru Kelima: Tuan guru haji ibrahim mesir – Beliau mendalami kitab sirah nabawi dan juga lughah arabiyah.
  • Guru Keenam : Tuan guru haji muhammad zubir – Beliau mendalami ilmu fiqh dan juga ilmu nahu
  • Guru Ketujuh : Tuan guru haji mohd zain (Pondok Lubuk Pandan) – Beliau mempelajari ilmu fiqh, nahu sorof, tafsir dan juga balaghah 

Diharapkan biodata Ustaz Azhar Idrus di atas ini dapat berikan maklumat baru kepada anda.

Sumber: Biodata Ustaz Azhar Idrus – Penceramah Bebas Asal Terengganu (sistemguruonline.my)