Semak Bil Astro & Cara Bayar Astro Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara check bill astro & cara bayar bil astro online dengan mudah.

Artikel berkaitan: Cara Bayar Bil Elektrik Online

Cara Bayar Astro Online

Sebelum bayar, elok kita ketahui dulu cara semak bil astro online melalui panduan yang dikongsikan oleh laman ecentral.

Cara Check Bill Astro Di Portal Self-Service Astro

Pihak Astro menyediakan sebuah portal layan diri yang membolehkan anda log masuk ke akaun anda untuk menyemak baki semasa. Sila ikuti langkah beriikut:

  1. Layari portal Self-Service di pautan https://selfservice.astro.com.my
  2. Log masuk dengan Astro ID anda
  3. Sekiranya belum ada Astro ID, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan klik pada pautan “Create now!
  4. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil anda dengan klik pada “Bill and Payments” atau “View Bill”.

Cara Semak Bil Astro Melalui SMS

Sekiranya anda kurang mahir menggunakan portal Astro atau sambungan interrnet anda mungkin kurang baik, anda boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS untuk menyemak bil Astro anda.

Harap maklum bahawa kadar caj yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar bergantung pada kadar yang ditentukan oleh syarikat telco anda.

  1. Buka aplikasi SMS di telefon anda
  2. Pada bahagian penerima, masukkan no 33310
  3. Pada bahagian mesej, tapi ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC NO

Contohnya: ASTRO BAL 1234567890

Cara Bayar Astro Online Menggunakan Portal Astro

Pihak Astro menyediakan sebuah portal khas yang memudahkan anda membuat pemabayaran bil secara dalam talian. Ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal Pay Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
  2. Masukkan nombor akaun Astro anda
  3. Tandakan pada bahagian Captcha
  4. Klik butang Continue
  5. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil terbaru anda dan membuat pembayaran melalui beberapa kaedah pembayaran

Cara Bayar Bil Astro Menggunakan SMS

Selain menyemak bil, anda juga boleh menggunakan SMS sahaja untuk melakukan pembayaran bil Astro.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda baru pertama kali menggunakan SMS untuk melakukan pembayaran terdapat langkah tambahan yang anda perlu lakukan terlebih dahulu.

  1. Layari portal Self Service Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
  2. Log masuk akaun. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila lakukan pendaftaran
  3. Buka aplikasi SMSS di telefon anda.
  4. Pada bahagian penerima, masukkan nombor 66688
  5. Pada bahagian mesej, masukkan mesej berikut: ASTRO<jarak>PYMT<jarak>10 Digit Nombor Akaun Astro<jarak>Nombor PIN<jarak>Jumlah Bayaran
  6. Setelah pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima mesej yang menyatakan pemabayaran telah berjaya dibuat

Cara Bayar Bil Astro Dengan CimbClicks (JomPAY)

Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY.

  1. Log masuk akaun CIMBClicks anda
  2. Pilih JomPAY
  3. Pada bahagian Biller Code, masukkan 9639
  4. Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa

Cara Bayar Bill Astro Dengan Maybank2u

Sekiranya anda mempunyai akaun Maybank, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY.

  1. Log masuk akaun Maybank2u anda
  2. Pilih Pay & Tranfsfer
  3. Pada bahagian “Pay To”, pilih Payee dan cari “Astro” daripada senarai penerima
  4. Masukkan nombor akaun
  5. Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa

Sumber: ecentral