Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara buat passport antarabangsa atau info mengenai cara buat passport malaysia secara online dan cara buat passport pertama kali untuk antarabangsa atau ke luar negara.
Artikel berkaitan: Cara Renew Passport Malaysia Online Terkini
Cara Buat Passport
Berikut adalah panduan cara buat passport online yang dikongsikan oleh artikel asal di laman FikriNordin.
Apa itu Passport Malaysia
Passport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan ke luar negara. Ia seolah olah seperti nyawa kita kalau nak ke luar negara. Pastikan ia dijaga dengan elok dan jangan ditinggalkan merata-rata.
Apa yang penting untuk membuat permohonan passport ialah kena tahu syarat-syaratnya terlebih dahulu. Di bawah ini adalah panduan untuk permohonan sepertimana yang tertera dalam portal Jabatan Imigresen Malaysia.
Pemohanan Pertama Kali
A) Pemohon 18 tahun dan ke atas
Jenis Pemohonan | Syarat-Syarat |
Lahir di Malaysia | 1. MyKad pemohon 2. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 danpemohon diperlukan. |
Lahir luar negara | 1. MyKad pemohon 2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW) 3. Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. |
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia. | 1. MyKad pemohon dan Sijil Lahir. 2. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN). 3. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan. Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja. |
Pegawai dan Anggota Tentera | Kad Pengenalan tentera / My tentera |
Pegawai dan Anggota Polis | 1. Kad Pengenalan tentera ; dan 2. Sijil Lahir |
B) Pemohon bawah 18 tahun .
Jenis Pemohonan | Syarat-Syarat |
Lahir di Malaysia | 1. MyKad / MyKid pemohon 2. Sijil lahir pemohon 3. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama) |
Lahir luar negara | 1. MyKad / MyKid pemohon 2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW ) 3. Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. 4. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama) |
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia. | 1. MyKad /Mykid pemohon dan Sijil Lahir 2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW) 3. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama) 4. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. 5. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir. Catatan 1: Mykad/Mykid tanpa tanda ‘H’ /’K’ perlu diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Catatan 2 :.Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak .Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja. |
Nota: Kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan untuk membawa 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang di tetapkan
C) Pemohon bawah 18 tahun
Jenis Pemohonan | Syarat-Syarat |
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia | 1. MyKad /MyKid pemohon. 2. Sijil lahir pemohon. 3. Sijil kematian ibu/bapa. 4. Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah. 5. Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara). 6. Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu). |
Jika ibu dan bapa bercerai | 1. MyKad /MyKid pemohon. 2. Sijil lahir pemohon. 3. Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak. 4. MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara). |
Jika pemohon adalah anak angkat | 1. MyKad /MyKid pemohon. 2. Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 3. MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara). |
Jika pemohon telah berkahwin | 1. MyKad pemohon 2. Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai) |
Harga Terkini Passport Malaysia
Berikut adalah harga passport Malaysia untuk panduan anda. Tempoh sah laku ialah 5 tahun. Kalau tak silap sebelum ini ada pilihan 2 tahun dan 5 tahun tapi sekarang cuma 5 tahun sahaja.
a | Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) | RM200.00 |
b | Warga emas (60 tahun ke atas) | RM100.00 |
c | Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) | RM100.00 |
d | Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah) | RM100.00 |
e | Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) | RM100.00 |
f | Orang Kelainan Upaya (OKU) | Percuma |
Proses Memohon Passport Malaysia Buat Pertama Kali
Berikut adalah perkongsian dari Fikri Nordin mengenai pengalaman beliau memohon passport malaysia buat pertama kali.
7.30am : Tiba di Kompleks imigresen Port Klang. Waktu ni kaunter baru buka dan orang memang sangat ramai. FN beratur untuk dapatkan nombor bermula dari luar pagar. Dalam kawasan pagar tu pun ada lagi barisan panjang. Pengawal akan benarkan orang masuk sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kesesakan.
Kaunter imgiresen boleh dianggap yang paling sibuk kat Malaysia dibandingkan dengan perkhidmatan kerajaan yg lain. Pergilah ke mana-mana kaunter imigresen yang lain pasti situasi sama sahaja. Pastikan datang seawal mungkin.
8.10am : Baru boleh dapat nombor. petugas di kaunter berikan satu borang kecil warna merah. Isikan nama, alamat, no. telefon, jantina dan ketinggian. Kalau tak tahu berapa tinggi, kat situ pun ada tempat nak ukur tinggi.
Seterusnya naik ke tingkat 1 di Bahagian Passport. Tunggu nombor kita dipanggil. Agak malang juga waktu FN pergi tu sebab sistem offline rasanya 30-45 minit.
10.45am : Nombor dipanggil dan terus ke kaunter. Serahkan IC, borang merah tu dan nombor tu sekali. Lepas tu tangkap gambar kat situ juga. Petugas kaunter pun akan buat biometric. Tak lama pun urusan di kaunter.
Kemudian kena pergi ke kaunter bayaran dan jangan terus terjah buat bayaran tu. Tunggu nama dipanggil. Tak boleh berada jauh dari kaunter. Nanti tak dengan kalau nama dipanggil.
11.05am : Buat bayaran di kaunter RM200 dan masukkan resit tu dalam bakul di kaunter serahan passport. Tunggu lagi nama dipanggil. Kalau nak diikutkan passport siap dalam masa 1 jam.
11.30am : Nama FN dipanggil untuk ambil passport tu. Kat sini pun kena amik cap jari. Selesai.
Kesimpulannya, untuk memohon passport ni bukanlah susah tetapi orang yang terlalu ramai di kaunter bakal menyusahkan kita nanti. Masa menunggu sangat lama. Kalau buat hari kerja memang terpaksa cuti. Datang lambat sikit nombor habis.
Sumber: FikriNordin