12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk

Tahukah anda bahawa sebenarnya tidak semua makanan selamat disimpan didalam peti sejuk? Makanan-makanan jenis ini perlu disimpan pada suhu normal untuk menjaga nutrisinya. Apakah makanan tersebut? Teruskan membaca.

Tips kurus: Senarai Khasiat Minyak Zaitun Termasuk Kuruskan Badan

Makanan Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk

Buah Tomato

buah tomato

Tomato kaya dengan nutrisi antioksidan, vitamin C dan kalium. Buah ini sebaiknya perlu disimpan pada suhu normal sahaja atau seeloknya dimakan terus kerana suhu peti sejuk mampu mempengaruhi tekstur dan rasa buah tomato.

Kentang

kentang

Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa isi kentang akan cepat berubah menjadi gula jika disimpan dalam peti sejuk. Ketika dimasak, gula ini akan berubah menjadi akrilamida seterusnya boleh menjadi punca kita mendapat penyakit kanser. Seeloknya, simpan kentang di ruangan suhu normal dan tidak terdedah kepada cahaya matahari untuk mengelakkan kentang berubah menjadi warna hijau.

Serbuk Kopi

serbuk kopi

Serbuk kopi tidak sesuai diletakkan dalam peti sejuk kerana rasa kopi boleh dipengaruhi oleh makanan lain yang turut disimpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya, letak atau simpan pada suhu biasa supaya kualiti serbuk kopi dapat dijaga.

Buah Pisang

buah pisang

Simpan pisang pada suhu normal untuk mempercepatkan pisang menjadi matang. Proses pematangan pisang terbantut dan berubah menjadi warna coklat jika disimpan dalam peti sejuk. Gas etilena yang ada pada buah pisang juga akan membuatkan buah lain disekitarnya menjadi kusam.

Mentega atau Marjerin

mentega

Mentega dan margerin disarankan agar disimpan pada suhu biasa supaya lebih mudah digunakan. Digalakkan untuk guna mentega dan margerin dengan kadar segera agar tidak berbau dan bertukar menjadi minyak.

Rempah dan Herba

rempah

Basil, rosemary, dan thyme lebih cepat kering dan kehilangan rasa jika disimpan di dalam peti sejuk. Lebih baik simpan rempah dan herba di dalam bekas berkedap dan tempatkan di tempat kering dan tidak terdedah kepada cahaya matahari suapaya lebih terjaga kualitinya.

Roti

simpan roti dalam peti sejuk

Ramai yang beranggapan bahawa dengan simpan roti dalam peti sejuk dapat mengelakkan roti dari berkulat. Sebenarnya, dengan berbuat demikian, ianya boleh menghilangkan rasa dan membuatkan roti menjadi kering. Selain itu, molekul yang terdapat dalam roti akan cepat hilang pada suhu yang sejuk dan menyebabkan roti akan cepat menjadi basi.

Bawang Bombay

bawang bombay

Digalakkan untuk anda menyimpan bawang bombay di tempat yang kering pada suhu normal dan jauh daripada sinaran matahari. Jika disimpan dalam peti sejuk, kesegaran bawang bombay akan berkurang dan tidak berkhasiat. Segera guna jika anda telah memotong bawang bombay tersebut.

Bawang Putih

bawang putih

Bawang putih perlu disimpan di tempat kering pada suhu biasa. Jika hendak menyimpan bawang putih di dalam peti sejuk, masukkan bawang putih ke dalam minyak masak bagi mengelakkan botulisme.

Madu

madu

Simpan madu dalam bekas yang bertutup rapat di tempat kering dan tidak terkena cahaya matahari. Jika disimpan di dalam peti sejuk, madu boleh menjadi keras dan susah untuk digunakan.

Peanut Butter

peanut butter

Jika peanut butter belum dibuka, sebaiknya simpan sahaja di tempat kering pada suhu normal. Namun jika sudah dibuka, sebaiknya simpan peanut butter di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualiti dan nutrisinya.

Sos Tomato

sos tomato

Jika sos tomato belum dibuka, sos tomato biasanya akan bertahan selama satu tahun. Jika sudah dibuka, sos tomato akan bertahan selama 3 bulan pada suhu normal di tempat kering dan 6 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.

Sumber: Harian Post