Mesti ramai yang ingin tahu cara belajar berenang untuk apungkan diri dalam air dengan betul dan berkesan. Bagaimana cara nak apungkan diri dalam air supaya tidak lemas?
Untuk mengapung diri adalah lebih baik anda tahu tips dan cara belajar berenang terlebih dahulu kerana teknik mengapungkan diri dalam air boleh dilakukan oleh mereka yang tahu berenang kerana untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Cara Belajar Berenang Yang Betul
Teknik Berenang
Sebenarnya teknik berenang sangat banyak tetapi bagi mereka yang baru sahaja ingin belajar, anda perlu mengetahui teknik asas berenang untuk permulaan seperti berikut.
Teknik Bernafas Dalam Air
Anda perlu lakukan latihan pernafasan untuk melancarkan proses pengambilan udara sewaktu berada di permukaan air serta cara mengeluarkan udara sewaktu berada di dalam air. Latihan bernafas ini sangat penting sewaktu anda berenang.
Teknik Mengapungkan Diri Dalam Air
Ketika anda berenang di dalam air, anda perlu tahu cara mengapung dengan betul supaya anda boleh berenang dengan berjaya. Cara mengapung mempunyai tiga posisi yang berbeza iaitu terlentang, tegak dan meniarap.
Meluncur Laju
Selepas anda boleh mengapungkan diri, anda pasti boleh bergerak di dalam air. Anda wajib belajar cara untuk bergerak atau meluncur laju di dalam air. Posisi ini akan menentukan sejauh mana kecepatan pergerakan anda di dalam air mengikut gaya renang yang dipelajari.
Gaya Renang
Jika anda telah mempelajari teknik asas untuk berenang, sekarang adalah masa untuk anda mengetahui jenis-jenis gaya renang yang popular. Antara gaya renang yang sering digunakan dalam sukan renang adalah seperti berikut:
- Gaya Bebas
- Gaya Katak
- Gaya Kuak Dada
- Gaya Kupu-kupu
Baju Sesuai Untuk Berenang
Sebelum anda belajar berenang sendiri adalah lebih anda mempersiapkan diri dan juga alat untuk berenang. Alatan perenang yang asas biasanya adalah seperti berikut.
Baju Renang
Kita digalakkan menggunakan baju renang yang khas untuk berenang kereana selalunya perenang yang profesional akan memakai baju renang kerana dikatakan lebih ringan dan mudah berenang.
Kaca Mata Renang
Anda disarankan menggunakan kaca mata atau spek mata khas untuk perenang kerana untuk melindungi mata dari air yang terdapat di dalam kolam atau sungai supaya mata anda dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Pelampung
Pelampung adalah alat yang dikatakan perlu untuk belajar berenang selain memudah anda menyesuaikan diri di dalam air. Walau bagaimanapun, alatan ini bukanlah wajib ada tetapi jika ada ia lebih memudahkan anda untuk belajar selain ia juga sebagai cara berenang agar tidak tenggelam.
Sumber: Media Maklumat