Resipi Cara Buat Kuih Cakoi Lembut & Gebu

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan resipi cara buat kuih cakoi yang lembut, gebu, mudah & senang. Resipi kuih cakoi senang kerana boleh dibuat dengan menggunakan resipi donut.

Cuma bezanya ialah doh ditarik memanjang dan dicantum 2 menggunakan air dan batang chopstick sahaja. Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah dengan kuah kari.

Cara Buat Kuih Cakoi

Berikut adalah resipi kuih cakoi paling simple perkongsian dari Tokma, Puan Rossita Omar.

resipi kuih cakoi

Resipi Kuih Cakoi

Bahan-Bahan Kuih Cakoi A

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 1/2 peket yis mauripan

Bahan-Bahan Kuih Cakoi B

  • 2 sudu majerin
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara Masak Kuih Cakoi

  1. Bahan A & B dicampur. Gaul bersama hingga sebati.
  2. Guna air sejuk peti ais. Lebih kurang 1ยน/4 cwn.
  3. Uli hingga adunan tak melekat di tangan.
  4. Perap hingga naik & kembang. Lebih kurang 1 jam tau.
  5. Canaikan doh & potong ikut bentuk yang kita suka.
  6. Goreng dengan api yang sederhana.

Boleh rujuk pada gambar untuk cara penyediaan yang lebih jelas.

resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi
resipi kuih cakoi

Sumber: Rossita Omar