in

Resepi Kerabu Mangga

kerabu mangga

Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi kerabu mangga atau resipi kerabu mangga yang boleh dijadikan sebagai makanan sampingan. Cara masak kerabu mangga dan cara buat kerabu mangga turut disediakan.

Sumber: Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Kerabu Mangga

Berikut adalah resipi kerabu mangga untuk panduan anda.

Bahan Bahan Kerabu Mangga

Berikut bahan-bahan kerabu mangga:

Bahan-Bahan A

  • 2 biji mangga epal,diparut memanjang.
  • 1 kuntum bunga kantan,dihiris halus.
  • 1 biji bawang besar.

Bahan-Bahan Lain

  • 10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
  • Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
  • Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Masak Kerabu Mangga

Berikut adalah cara buat kerabu mangga:

  1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.
  2. Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.
  3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.
  4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.
  5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Resepi Che Nom