in

Resepi Nasi Goreng Kampung

resipi nasi goreng kampung

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan resipi nasi goreng kampung yang mudah. Ikuti resepi nasi goreng kampung di bawah ini untuk hasilkan nasi goreng yang sesuai untuk dimakan, dan sedap dimakan sekali dengan sambal belacan.

Resepi sedap lain: Resipi Corn Dog Viral Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-Bahan Nasi Goreng Kampung

Berikut adalah bahan-bahan untuk resipi nasi goreng kampung:

  • 3 cawan nasi
  • 6 ekor udang, dibuang kulit
  • 2 ekor sotong, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 ikat sayur kangkung
  • 1 mangkuk kecil karot, didadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 ketul fish cake, putong dadu
  • ikan bilis goreng
  • serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan untuk tumbuk kasar:
    • 3 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawan putih
    • 6 biji cili padi

Cara Masak Nasi Goreng Kampung

Berikut adalah cara buat nasi goreng kampung:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
  3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
  4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
  5. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.

Sumber: Resepi Che Nom