Resipi Corn Dog Viral Yang Mudah Dan Sedap

Dalam artikel ini kami akan sediakan resipi corn dog yang boleh disediakan dengan mudah. Untuk hasilkan corndog sedap, anda harus ikuti resepi corndog ini dibawah ini.

Resipi Best Lain: Koleksi Resipi Masak Ikan Patin

Resipi Corn Dog

Resepi corndog ini dikongsikan oleh Alla Nella. Menurut beliau, cara buatnya sedikit leceh tetapi berbaloi jika dibandingkan apa membeli corndog di luar. Jom ikuti perkongsian resepi corndog viral cheese.

Bahan-Bahan Corn Dog

Bahan-bahan untuk cara masak corndog adalah seperti berikut:

  • Cheese Mozarillah/Cheddar
  • Sosej
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Gula
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 cawan Susu Segar Sejuk
  • Breadbcrumb (pilihan)
  • Lidi

Cara Masak Corn Dog

1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi atau apa-apa bekas supaya mudah untuk mencelup sosej nanti.

resipi corndog

4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

resepi corndog

6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti (breadcrumb) dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

resepi corn dog

7. Pastikan minyak sudah panas dengan api yang kecil. Tunggu sehingga garing dan boleh dihidangkan.

corn dog viral