Resepi Roti Sardin Goreng

Kali ini kami akan kongsikan resipi roti sardin goreng yang boleh anda bekalkan sebagai bekalan makanan untuk anak-anak atau keluarga pada bila-bila masa.

Resipi lain: Resepi Ayam Goreng McD Mudah Untuk Disediakan

Resipi Roti Sardin Goreng

Bahan-Bahan Roti Sardin Goreng

  • 1 cawan tepung gandum
  • secukupnya roti buku putih
  • secubit garam
  • 1 biji bawang besar
  • secukupnya jus lemon
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • 4 batang cili padi
  • 1 tin kecil sardin
  • sedikit pewarna kuning
  • secukupnya minyak masak
  • secukupnya air

Cara Masak Roti Sardin Goreng

Berikut adalah cara buat roti sardin goreng.

Inti Sardin

  1. Bawang besar dicincang.
    cili padi seberapa byk hampa nak buh n potong ikut suka nak mcm mana.
  2. Kemudian, potong cili padi. Cili padi boleh letak seberapa yang anda suka mengikut kepedasan masing-masing.
  3. Sardin/mackerel (beserta sos) dilenyek dan dicampurkan sekali dengan bawang cincang dan potongan cili padi tadi.
  4. Kemudian masukkan secubit garam dan perahan lemon atau limau nipis untuk kurangkan bau hanyir.
  5. Kemudian gaul sebati semua bahan.

Bancuhan Tepung

  1. Pukulkan terlebih dahulu telur sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan air secukupnya..
  3. Kacau rata kesemua bahan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau tidak juga terlalu cair.
  4. Akhir sekali campurkan sedikit pewarna kuning makanan atau serbuk kunyit. Dan kacau sehingga sebati kesemuanya.
  5. Untuk roti pula, potongkan sekeping roti berbentuk tiga segi. Boleh juga potong bentuk lain, ikut kepada kretiviti masing-masing.
  6. Kemudian bolehlah disapukan roti tiga segi itu dengan inti sardin. Roti terlebih dahulu, kemudian sapukan isi sardin selepas itu tutupkan dengan sekeping roti lagi.
  7. Bila sudah siap penyedian roti sardin, pastikan anda lenyek terlebih dahulu tepi roti supaya tidak tertanggal semasa proses menggoreng nanti.
  8. Kemudian gaulkan roti sardin itu ke dalam bancuhan tepung tadi. Ratakan keseluruhan roti termasuklah bahagian tepi roti itu. 
  9. Kemudian bolehlah menggoreng roti sardin sehingga keemasan.
resipi roti sardin goreng

Sumber: Harian Post