Resepi Ayam Goreng McD Mudah Untuk Disediakan

Kini ianya amat mudah untuk hasilkan ayam goreng ala McD dengan adanya resipi ayam goreng McD yang kami akan kongsikan di bawah ini. Sesuai untuk sesiapa yang sedang mengidam untuk makan tetapi ingin berjimat. Resepi ayam goreng McD tepung bestari ini dikongsikan oleh Noraslina Harun.

Resepi lain: Resepi Rendang Ayam Sedap

Resipi Ayam Goreng McD

Berikut adalah resepi ayam goreng mcd guna tepung bestari yang boleh anda ikuti yang dikongsikan oleh Noraslina Harun.

Bahan-Bahan

  • Ayam
  • Tepung jenama BESTARI
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Serbuk Cili (jika perlu)
  • Minyak Masak

Nota: Resepi ini tidak memerlukan garam sebab tepung bestari itu sudah masin. Tepung bestari ini juga sedikit pedas.

resepi ayam goreng mcd tepung bestari

Cara Masak Ayam Goreng Mcd

Ikuti langkah berikut untuk cara buat ayam goreng mcd.

1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sehingga menjadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam yang anda gunakan)

2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Semakin lama perap semakin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap ke dalam isi ayam. Lagi sedap la. (Beliau perap selama 5 jam)

resipi ayam goreng mcd

3. Sediakan tepung untuk salutan pula

4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air bersama tepung gandum dan tepung beras. (Anggaran 1 senduk tepung bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras) seperti dalam gambar. Kalau nak pedas lagi, campur serbuk cili seperti yang dipaparkan di dalam gambar.

resipi ayam goreng mcd

5. Kemudian ambil ayam yang sudah diperap tadi masuk ke dalam campuran tepung kering dan salutkan serata. Buat seketul-seketul, ini kerana kalau buat banyak-banyak dia jadi tidak cantik dan tidak bersalut. Jadi anda kene sabar semasa bedak kan ayam tersebut.

resipi ayam goreng mcd

6. Kemudian masukkan ayam yang sudah di salut tadi ke dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata dan ayam terendam (tak perlu gaul-gaul banyak kali. Biakan dia masak dengan tenang).

resipi ayam goreng mcd

Nota: Masa goreng dalam periuk atau kuali boleh la masukkan 3 higga 4 ketul iaitu mengikut saiz tempat masak anda. Jangan banyak-banyak.

7. Lepas tu dah masak kan agak-agak kekuningan. Angkat dan boleh makan ayam goreng ala mcd!

resipi ayam goreng mcd

Sumber: Noraslina Harun